![Lobak Merah Lobak Merah](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/10/lobakgplus-150x150.png)
Kadang-kadang admin tak faham dengan sikap sesetengah daripada kita yang cepat sangat melenting atau naik angin tanpa sebab.
Macam kisah yang admin nak kongsikan kepada korang ni.
Tolak pelawaan untuk berselfie, pramugari kena belasah dengan penumpang
Seorang pramugari ‘dikerjakan’ cukup-cukup oleh penumpang yang dipercayai dalam keadaan mabuk selepas pramugari tersebut menolak pelawaan suspek untuk berselfie bersama rakan-rakannya di lapangan terbang.
Mangsa, Le Thi Giang yang bekerja sebagai flight attendant bagi Vietjet Air sebenarnya difahamkan telah berselfie bersama suspek dan rakannya di Lapangan Terbang Tho Xuan, utara Vietnam.
Namun bila suspek meminta untuk selfie buat kali kedua, pramugari tersebut telah menolak pelawaan lelaki itu dengan baik dan menjelaskan yang dia tengah bekerja, petik Daily Mail.
So, disebabkan berang dengan tindakan wanita itu yang menolak pelawaan mereka untuk berselfie menyebabkan ketiga-tiga penumpang tersebut iaitu Le Van Nhi, 41, Le Trung Dung, 34, dan Pham Huu An, 28 naik angin dan menyerang pramugari tersebut dengan menampar dan menendang wanita itu sampai jatuh.
![33](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/06/33.png)
![55](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2019/06/55.png)
Dalam klip rakaman orang awam yang sempat merekodkan kejadian tersebut, menunjukkan salah seorang suspek bertindak menendang punggung pramugari tersebut yang ketika itu sedang menoleh ke tempat lain sebelum terjatuh.
Malah salah seorang rakan pramugari tersebut yang merakam kejadian itu juga diugut.
Selepas sahaja keadaan jadi kecoh, beberapa pengawal keselamatan datang ke tempat kejadian bagi menguraikan keadaan, malangnya suspek yang dalam keadaan mabuk itu telah menumbuk salah seorang staf tersebut sehingga terjelopok di atas lantai.
Bagaimanapun ketiga-tiga pelaku tersebut telah pun ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara mengikut kesalahan masing-masing iaitu Nhi dipenjara 3 tahun, Dung dipenjara 2 tahun 10 bulan dan An, satu tahun 10 bulan.
Padan muka! Bengang betul individu yang suka gunakan kekerasan untuk dapatkan sesuatu. Banyak lagi cara lain boleh guna kan.
Baca : Ambil air sembahyang pun nampak spenda. Sah ke tak tu? Jemaah Surau Mengumpat Pramugari Solat