in

[Video] “Cucu boleh buat lagi” – Nenek Sanggup Gantung Cucu Dari Balkoni Tingkat 5 Semata-mata Nak Suruh Selamatkan Kucing

Bila haiwan korang dalam bahaya, atau tersekat dekat bumbung atau pokok, apa yang korang akan buat? Kalau tempat tu merbahaya, mungkin korang akan minta bantuan bomba kan? Yelah, daripada bahayakan nyawa sendiri, baik minta bantuan profesional.

Tapi, lapor Newsbook, nenek dari Sichuan, China ni lain pulak. Dia telah dirakam kerana sanggup mengikat cucunya yang baru berusia tujuh tahun dengan tali sebelum turunkan cucunya dari balkoni rumah tingkat lima untuk selamatkan kucingnya yang tersekat dekat dekat dinding tepi bangunan.

Macam yang korang boleh tengok dalam video dekat bawah ni, korang boleh nampak nenek tu dengan seorang lagi individu lain dipercayai pakcik budak itu tengah pegang tali yang mengikat cucunya sambil tunggu cucunya selamatkan kucing tersebut.

Pun begitu, budak tersebut berjaya mengambil kucing tersebut dan memasukannya ke dalam beg sebelum dia ditarik semula ke atas oleh neneknya dengan bantuan pakciknya. Orang sekeliling yang melihat insiden ini menjerit ketakutan meminta mereka untuk berhenti, tapi tak diendahkan.

Salah seorang jiran di sana telah membuat aduan kepada pihak polis dan wanita ini telah diberikan amaran keras. Video yang telah tular di media sosial ini juga mendapat kritikan yang hebat dari netizen sehingga wanita ini akhirnya mengaku bersalah dan menyesal dengan tindakannya.

Menurut wanita ini, dia tahu tindakannya itu salah dan dia tak akan ulanginya lagi.

Apa lah yang nenek ni fikir masa tu? Tak sayang ke cucu dia?

 

Baca: “Reti buat anak je!” – Atuk & Nenek Terpaksa Kerja Keras, Kena Sara 6 Cucu Sebab Anak LEPAS TANGAN!