in

[VIDEO] Cik B Sindir Bibik Sanggup Panjat Pagar Berdawai Lari Rumah Demi Ikut Lelaki

Bibik Cik B Lari Rumah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majikan mana tidak terkilan apabila pembantu rumah yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri dan diberi pelbagai kemudahan sanggup berlaku khianat demi kepentingan diri.

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B telah berkongsi satu ciapan di Twitter seolah-olah menyindir pembantu rumahnya yang melarikan diri dari kediaman mereka di Ipoh semata-mata mengikut lelaki yang dipercayai kekasihnya.


“Bibik saya sanggup lari dari rumah mewah, rentasi dawai berduri dan terjun dari tempat tinggi semata-mata kerana lelaki, harap dia appreciate effort bibik,” ciapnya.

Menerusi video TikTok Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, dia memaklumkan pembantu rumah tersebut sanggup meninggalkan bilik baharu yang diberi majikan dan rumah mewah tempatnya bekerja dengan memanjat pagar berduri dan terjun dari tempat tinggi sebelum lari dengan seorang lelaki.

@cikb_havoc

Bibik lari huhu #funny #viral #joke #tiktokmalaysia #fyp

♬ Sweet Sunset – Tollan Kim & dulai

Cik B juga memberitahu bagaimana bibiknya berjaya meloloskan diri daripada pagar berduri di sekeliling kediamannya.

Dalam pada itu, Cik B sempat memberi pesanan kepada bibik terbabit supaya berhati-hati di luar sana dan tidak melakukan lagi perkara sebegini pada masa akan datang.

“Kami semua memang marah, tapi perasaan risau tu lebih banyak daripada marah,” ujarnya.

Perkongsian video itu telah mendapat perhatian ramai dengan bertanyakan adakah sedang musim bibik lari dari rumah majikan ketika ini.

Sementara itu, ada juga yang sempat bergurau dengan meminta kerja kosong di rumah DSV memandangkan ada ‘kekosongan’ dalam jawatan pembantu rumah.

Baca: Dato’ Seri Vida Cadang Ambil Alih Pasukan Kelantan, Rancang Letak Kacak Jadi Pengurus
Dato' Seri Vida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.