in

[VIDEO] Cemas! Pekerja Pembinaan Terpaksa Berpaut Lepas Gondola Dinaiki ‘Diserang’ Angin Kencang

collage 31 5

Angin kencang yang berlaku bila hujan sejak akhir-akhir ni memang sangat membimbangkan. Lagi-lagi bila ia jadi secara tiba-tiba dan kita tak sempat nak berlindung.

Macam semalam, angin kencang dan hujan lebat yang tiba-tiba turun telah menyebabkan beberapa pekerja bangunan yang sedang menaiki gondola di Menara TS Law di Jalan Kemuning, Kuala Lumpur telah berhadapan dengan detik cemas bila mereka terpaksa berpaut untuk selamatkan nyawa.

Dalam satu video yang tular di media sosial, korang boleh tengok sendiri macam mana gondola yang dinaiki oleh pekerja-pekerja ni telah terhayun kuat semasa mereka berada beberapa ratus kaki atas tanah.

Screenshot 877

Tak cukup dengan itu, kerana angin yang terlalu kuat, gondola yang dinaiki mereka turut terhempas ke tingkap bangunan hingga menyebabkan kerosakan pada bangunan tersebut.

Gondola tersebut kemudiannya terhayun ke arah lain bangunan tersebut dan mungkin tersangkut sebelum pekerja-pekerja pembinaan ini dapat memanjat keluar dan menyelamatkan diri.

Keadaan tersebut telah menimbulkan rasa cemas di kalangan orang ramai yang melihat kejadian itu dan korang dapat dengar suara peramkam meminta supaya menghubungi bomba.

Menurut Berita Harian, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah menggerakkan sepasukan anggota mereka ke tempat kejadian sejurus mendapat panggilan.

Pun begitu, pekerja-pekerja yang terlibat telah pun terselemat sebaik pihak bomba tiba di tempat kejadian.

Justeru, tiada tindakan menyelamat dilakukan oleh pihak bomba di lokasi kejadian dan kes dianggap selesai.”

Allahu, nasib baiklah gondola tu tiba-tiba je tersangkut dekat tepi bangunan. Kalau tak, tak tahulah sampai bila tali tu boleh bertahan kena hayun dengan angin kencang.

 

Baca: “Good luck lah buyer” – Tapak Pembinaan Apartment Di Taman Desa Tiba-Tiba Runtuh & Ada Pekerja Terperangkap?

runtuh4 758x399 1