in

[VIDEO] Bengang Isteri Dipersenda, Will Smith Naik Pentas & Lempang Chris Rock Ketika ‘Live’ Oscars

Collage 72 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah menjadi naluri seorang suami untuk menjadi pelindung isteri, lebih-lebih lagi bila isteri yang disayangi ada penyakit dan dipersendakan di depan orang ramai.

Sebentar tadi berlangsungnya Anugerah Akademi atau Oscars yang ke-94 dan satu kejadian telah berlaku sehingga mengejutkan ramai pelakon-pelakon dan penonton yang menyaksikan majlis itu.


Semuanya bermula apabila pelawak Chris Rock telah naik ke atas pentas bagi mempersembahkan anugerah kategori dokumentari dan telah untuk membuat lawak mengenai keadaan kepala Jada Pinkett Smith dengan menyamakan dia dengan karakter G.I Jane yang turut botak dalam filem tersebut.

Jada, saya sayang awak dan tak sabar nak tengok kemunculan awak dalam G.I Jane 2.”

Ekoran lawaknya ini, Will Smith telah naik ke atas pentas dan melempang pelawak tersebut sebelum kembali ke tempat duduknya dan menjerit ke arah Chris Rock supaya tidak menyebut nama isterinya lagi.

Keep my wife’s name out of your f***ing mouth!”

Ketika commercial break, beberapa pelakon seperti Denzel Washington telah datang ke arah Will Smith untuk menenangkannya.

Bagaimanapun, Will Smith telah pun meminta maaf kepada pihak penganjur dan calon-calon yang lain atas tindakannya itu. Serta turut mengambil anugerah selepas berjaya memenangi Pelakon Terbaik untuk filem King Richard selepas insiden tersebut.

Untuk pengetahuan korang, tahun lepas Jada telah mengumumkan yang dia telah mencukur kepalanya selepas bertarung dengan penyakit autoimun Alopecia yang membuatkan rambutnya gugur.

Siapa tak bengang isteri dipersendakan macam tu depan orang ramai. Dah lah dia botak bukan sebab pilihan sendiri tapi sebab sakit. 

 

Baca: Parodi ‘Anti-Spoiler’ Spider-Man Dah Macam Filem Betul, Ramai Suruh Marvel Rekrut Sofyank

Page2 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.