Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan kenderaan Malaysian Batallion (MALBATT) yang kini berada di Lubnan diserang oleh orang awam.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi satu kenyataan mengesahkan insiden tersebut berlaku ketika misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).
Artikel berkaitan: ”Bukan selalu tengok” – Hovercraft Milik Tentera AS Mendarat Di Terengganu Ketika Latihan Bersama ATM
Artikel berkaitan: 19 Hari Prebet Syafiq Hilang Di Hutan, Panglima Tentera Darat Tak Nafi Ada Elemen Mistik
TERKINI
Laporan awal Tentera Pengaman PBB Malaysia di Lubnan diserang rakyat Lubnan sendiri
Mereka menaiki 2 buah kenderaan Cendana Auto ketika itu dan dibaling dengan batu
Kita berharap agar kesemua mereka selamat pic.twitter.com/7a52vvpK43
— Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴 (@Marchfoward) September 18, 2024
Difahamkan, seramai tiga orang pegawai dan tujuh anggota berada dalam dua kenderaan itu ketika serangan berlaku pada Rabu lalu sekitar jam 5.32 petang (waktu tempatan).
“Ketika melalui laluan di Tes Road-Burj Al Qibli di bandar Tyre, telah berlaku kesesakan luar biasa. Ketika itu, ramai orang awam sedang mengawal lalu lintas yang mana terdapat banyak kenderaan ambulan dan bomba yang melalui dari kedua-dua arah.
Secara tiba-tiba, sekumpulan orang awam bertindak agresif cuba memberhentikan
kedua-dua buah kenderaan MALBATT. Hampir 30 orang awam kemudiannya membaling batu serta memancitkan semua tayar kenderaan menggunakan senjata tajam,” katanya.
Dalam kenyataan yang sama, difahamkan kejadian tersebut berjaya dileraikan dengan bantuan Lebanon Armed Forces (LAF) serta tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kalangan anggota MALBATT yang terlibat.
ATM juga berkata pasukan MALBATT 850-11 akan meneruskan tugasan mereka dan mematuhi mandat yang diberikan oleh pihak UNIFIL.