Disebabkan tuntutan kerja, pasti ramai yang terpaksa berjauhan dengan keluarga mereka dan ada juga yang tidak dapat pulang ke pangkuan keluarga pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.
Baru-baru ini sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki yang bertindak menyamar sebagai rider penghantar belon untuk membuat kejutan kepada keluarganya telah meraih perhatian warganet.
@najmirsni Hidup perantauan berjauhan dengan family ✈️ 3 tahun tak balik .. Rindu Mama&Abah ❤️#tiktok #fyp #fypシ゚viral
Dari video yang dimuat naik oleh @najmirsni, dapat dilihat dia sudahpun pulang ke tanah air dan sedang memegang jambakan berserta belon sebagai hadiah buat ulang tahun perkahwinan ibu bapanya.
Najmi kemudian dilihat menuju ke pintu hadapan rumah dan menyamar sebagai rider penghantar serta membacakan kad ucapan yang tertera di hadiah tersebut.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah, dengan bertopi keledar dan menutup wajahnya ibu bapa Najmi masih tidak perasan bahawa anak mereka berada di hadapan mereka.
Dia turut meminta ibu bapanya untuk memberikan ucapan kepada Najmi yang kononnya masih berada di perantauan.
“Terima kasih emi (Najmi), I love you. Emi cepat balik ya mama dengan abah rindu,” kata ibunya sewaktu dirakam oleh Najmi.
Sejurus sahaja ucapan dibuat, Najmi kemudian dilihat membuka topi keledar yang dipakainya sekali gus membuat ibunya meraung seakan-akan melepaskan rindu yang sudah lama terpahat di hati yang terpaksa ditahan selama ini.
Dia juga dilihat memeluk erat ibu dan bapanya yang membuatkan ramai netizen tersentuh dengan tindakannya itu setelah lama berjauhan dengan ahli keluarganya.
Berdasarkan video lain yang dimuat naik ke akaun TikTok tersebut, dipercayai Najmi sudah 3 tahun tidak pulang ke Malaysia kerana dia menetap di Mesir.
“Part mak dia meraung tu, auto menangis” – Netizen
Pada waktu artikel ini ditulis, video TikTok yang dimuat naik oleh Najmi itu telah meraih hampir 2 juta jumlah tontonan dan mendapat lebih 200K tanda suka dalam masa tiga hari.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak melihat kejutan yang dilakukan oleh Najmi itu kepada keluarganya. Selain itu, ada juga warganet yang berasa sayu apabila terkenang kepada ahli keluarga mereka yang telah pergi buat selamanya.
Min pun rasa sebak tengok video ni…
Baca : [VIDEO] Netizen Tersentuh Tengok Anak Buat ‘Surprise’ Hadiahkan Kereta Sampai Mak Ayah Menangis