in

[VIDEO] Aksi Jurulatih Malaysia Berlari Peluk Rai Emas Atlet ‘Skateboard’ Indonesia Raih Perhatian Netizen Seberang

atlet skateborad indonesia dipeluk jurulatih malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelbagai momen suka dan duka dapat kita lihat sepanjang acara berprestij, sukan SEA edisi 2025 berlangsung.

Salah satu momen menarik ketika ini ialah kemenangan atlet papan selaju skateboard street Indonesia, Basral Graito Hutomo yang berjaya meraih pingat emas selepas mengatasi pencabar dari tuan rumah.


Namun, apa yang mencuri perhatian ialah kemenangan itu turut diraikan oleh rakan sepasukan negara lain termasuk dari Malaysia dan Filipina.

Momen itu sekali gus mengundang sebak pengguna media sosial terutama ketika seorang pegawai dari Malaysia berlari ke arah Basral Graito dan menjadi individu pertama memeluknya untuk turut meraikan bersama-sama detik berharga itu.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: ‘Venue’ Pencak Silat Sukan SEA Thailand Kecoh Selepas Pengadil Didakwa Menipu

Artikel berkaitan: Akhirnya Emas! Malaysia Tewaskan Tuan Rumah, Tamatkan Kemarau 34 Tahun Sepak Takraw

Meninjau ke ruangan komen dalam video tular itu, rata-rata warga Indonesia terharu dengan pegawai Malaysia tersebut yang menyokong negara jiran serta semangat kesukanan dan keakraban yang ditunjukkan pasukan daripada pelbagai negara.

Screenshot 2025 12 16 154843 Screenshot 2025 12 16 154924 Screenshot 2025 12 16 155014 Screenshot 2025 12 16 155052

Ramai yang tertanya-tanya siapakah pegawai Malaysia itu dan difahamkan beliau ialah Mariss Khan, ketua jurulatih Malaysia yang berpengalaman luas sebagai juri dalam sukan ini sejak awal tahun 2000 lagi.

Dalam video itu juga, turut memaparkan Basral Graito tidak dapat menahan air mata apabila Indonesia memenangi pingat emas acara skateboarding.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.