in

[Video] Ahli MT UMNO, Datuk Razlan Rafii Dilapor Positif COVID 19 Lepas Berkempen di Sipitang, Sabah

Mt Umno

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti mana yang kita semua tahu, menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah, ramai ahli politik ke pelusuk negeri tersebut untuk giat berkempen.

Walau bagaimanapun, kes COVID 19 di Sabah juga pada masa yang sama dalam keadaan yang amat membimbangkan dan dilaporkan seorang pemimpin UMNO telah positif COVID 19 selepas berkempen di Parlimen Sipitang, Sabah. Aduhai… 


Menurut Suara TV, sumber memberitahu yang Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu ialah Datuk Razlan Rafii yang kini sedang menjalani kuarantin wajib dan telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Setakat ini, keadaan masih terkawal dan beliau telah dimasukkan ke hospital sebentar tadi bagi dikurantinkan bagi mendapatkan rawatan,” kata sumber itu ringkas.

Datuk Razlan Rafii 1 768X497 1

Dalam pada itu, sumber tersebut juga menjelaskan semua kontak rapat pemimpin UMNO itu juga telah diminta untuk melakukan ujian swab bagi mengelak sebarang penularan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walau bagaimanapun tiada laporan rasmi yang diterimanya berkaitan hal tersebut.

Namun tegas beliau, jika individu terbabit didapati postif, dia perlu dikuarantin di Sabah sehingga pulih sepenuhnya.

“Saya belum dapat laporan lagi mengenai hal itu. Jika ada, perlu dirawat sehingga pulih sebelum pulang ke Semenanjung.

“Sebab itu saya sentiasa pesan patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan,” katanya.

Ismail Sabri juga menegaskan Jawatan Kuasa Kabinet akan membincangkan isu keselamatan dan kesihatan di Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN), Selasa depan.

Semoga kes ini tidak memburuk dan wabak ini tidak berpanjangan sampai membawa ke merata tempat pula. Marilah kita sama-sama doakan.

Baca: Wanita Mati Dilanggar Kereta di Tawau Disahkan Positif Covid-19, Polis Cari Kontak Rapat

Snip

Sumber: Penang Kini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.