in

[VIDEO] 7 Polis Tampar Lelaki OKU Tanpa Sebab di Kulim?

Screen Shot 2018 08 08 at 5.00.02 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] 7 Polis Tampar Lelaki OKU Tanpa Sebab di Kulim?
Loading
/

Polis ke apa perangai macam ni!

Baru-baru ni seorang lelaki tua berkelainan upaya (OKU) dikenali sebagai Tan tak pasal-pasal ditampar oleh tujuh orang anggota polis di Kulim, Kedah. Menurut WORLD OF BUZZ, lelaki OKU berusia 54 tahun tersebut ketika tu berada di pusat urut miliknya sebelum tujuh orang polis datang serbu tempat tu.


Polis yang tak memakai seragam berkenaan dikatakan tiba-tiba terjah tempat urut tersebut dan merampas telefon bimbit milik lelaki tua OKU tu.

“Saya terkejut dan sangat takut masa tu, saya ingatkan dorang perompak. Dorang pakai baju biasa, bukan pakaian seragam polis dan lepas tu dorang tunjukkan authority card polis,” kata Tan.

1 3
Sumber: WOB

Masa awal-awal Tan dah cakap kat polis-polis tersebut tentang kecacatan yang dialami dan dia tak boleh bergerak bebas. Bila dengar penjelasan Tan, polis tu balas dengan menekan bahu Tan dan tampar dia lelaki tu beberapa kali.

“Jangan ingat sebab kau OKU kau tak akan kena tangkap. Aku masih boleh masukkan kau dalam lokap tau!” kata polis tu pada Tan.

Lepas tu Tan ditampar lagi beberapa kali masa dia disuruh buka pintu untuk ke tangga. Polis naik ke atas dan waktu tu Tan dengar pekerja-pekerja wanita berbangsa Thai yang kerja kat premis dia menjerit. Polis bawa pekerja-pekerja tu turun dan masa Tan nak mula bercakap, polis tampar dia sekali lagi.

11 4
Sumber: WOB

Mulut salah seorang pekerja wanita juga bengkak sebab kena pukul dengan polis. Lepas 30 minit, abang kepada Tan datang dan terkejut tengok muka Tan dah merah dan bengkak-bengkak. Tan dan pekerja dia kemudiannya dimasukkan dalam lokap jam 8 malam. Tan merayu supaya dia dilepaskan sebab dia OKU tapi tak diendahkan oleh pihak polis.

“Saya minta makanan tapi dorang hanya beri lepas saya balik dari hospital dan mahkamah Sungai Petani pukul 3 petang keesokan harinya.”

Menurut Tan dia tak faham kenapa polis tu pukul dan tampar dia. Kalau betul dia buat salah, tangkap je lah dia. Tak perlu nak pukul-pukul. Tan kemudiannya laporkan kejadian ni kat balai polis Bukit Mertajam dan buat aduan kat SUHAKAM dan MP Bagan Dalam.

Semoga kes ni dapat diselesaikan dengan baik dan adil.

Tonton apa yang berlaku kat lelaki OKU ni:

Sumber: WOB

Baca: Warga Emas Hilang RM180,000 Ditipu ‘Orang PH’

asdasldld

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.