in

[VIDEO] 28 Tahun Terpisah, Pemuda Akhirnya Berjaya Jumpa Dengan Ibu Kandung Lepas ‘Post’ Di Facebook

ft 28tahun jumpa ibu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok, seorang pemuda berkongsi momen indah apabila dia bertemu dengan ibu kandungnya yang terpisah selama 28 tahun selepas dia menularkan sebuah hantaran di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik, dapat dlihat pemilik akaun, Marwan Hariri, akhirnya berjumpa dengan ibunya yang berbaju merah di Thailand sebelum terus bertindak memeluk ibunya itu sambil menangis teresak-esak setelah lama mereka terpisah.


Difahamkan, kisah sedih anak dan ibu itu terjadi apabila ibu Marwan memilih untuk melahirkan adiknya di Thailand serta terus menetap di sana.

Gunakan kuasa viral nak cari ahli keluarga terpisah

Screenshot 4 3

Oleh kerana rasa rindu yang tidak tertanggung, Marwan bertindak untuk menularkan perkara tersebut di akaun Facebook miliknya dengan harapan ada individu yang akan tampil menghubunginya.

Lebih mengejutkan apabila pencarian tersebut tidak mengambil masa yang lama, selepas tiga hari hantaran itu tular, seorang wanita bersama Natrah telah menghubungi Marwan untuk memberitahu lokasi keberadaan ibunya.

Terkejut dengan berita sedemikian, Marwan segera bergegas untuk ke lokasi tempat tinggal ibunya iaitu di Satun, Thailand.

“Rindu seorang ibu, siap tunggu tepi jalan” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan kisah yang dikongsikan oleh Marwan serta ada warganet yang berasa gembira melihat anak dan ibu itu kembali berjumpa

Screenshot 1 3

Korang kena tengok video ni! Sedih weh…

Baca : Gadis Berjaya Jejak Semula Ibu Kandung Selepas 20 Tahun Berpisah Undang Sebak!

wsa 728x383 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.