in

[Video] 2 Pasangan Bertumbuk Tepi Jalan Sebab Berebut Nak Beli Mask

Mask3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tengah-tengah wabak virus ni, topeng muka memang laris di parasan sehinggakan cepat habis! Disebabkan itu, permintaan pengguna untuk mendapatkan mask sekarang ini memang tinggi.


Lebih-lebih lagi dinegara yang ada ada kes jangkitan coronavirus tu, orang sanggup beratur panjang semata-mata nak beli topeng muka untuk cegah diri daripada virus yang boleh dijangkiti dengan mudah sepantas kilat tu.

Maka, masa ni lah berlaku perkara yang tak diduga, ada yang sampai sanggup bertumbuk sebab nak berebut mask tu.

 

2 lelaki 2 perempuan bergaduh nak mask

Kejadian berlaku di satu kedai menjual ubat-ubatan di Yokohama’s Isezakicho pada 25 Februari lalu, 2 pasangan bertumbuk kerana berebut nak borong topeng muka.

Dalam video yang dikongsikan di Twitter ini, 2 lelaki dan 2 perempuan bergelut di tengah-tengah khalayak ramai.

Kalau diperhatikan yang bergaduhnya bukan budak-budak tapi orang tua yang dah cukup dewasa untuk ada common sense. 

Menurut netizen di sana,  Isezakicho ni satu kawan yang agak ‘panas’ di Yokohama, Jepun. Banyak kes-kes keganasan berlaku di situ, dan dikatakan kes orang bergelut macam ni bukan lah satu benda pelik bagi penduduk di sana.

Tapi, bagi netizen yang diluar kawasan, apatah lagi kita yang jauh ni anggap ia satu perkara aneh sebab bergaduh di pagi hari semata-mata untuk mask. Lepastu yang bergaduh tu tua pula.

“Sekumpulan orang moron”
“Isezakicho ni jadi model untuk bandar dalam video game Yakuza”
“Perangai dah macam orang pelarian yang baru lepas kena bencana alam dekat Jepun”
“Bodohnya, beli mask untuk elak kena corona virus, tapi pergi begaduh dekat-dekat dengan orang yang tak kenal”
“Takunya..kenapa boleh bergaduh sampai macam tu?”

Menurut Soranews24, pengirim video ini mengatakan salah seorang daripada mereka ni pergi potong barisan masa orang tengah beratur tunggu kedai nak buka.

Tapi ada juga yang kata duit adalah penyebab utama mereka bergaduh.

Umumnya kita tahu, sekarang ini pengeluaran dan pengedaran jualan mask sekarang begitu terhad, haraplah diaorang tak beli mask ni untuk kepentingan diri nak kaut untuk lebih, jadi mungkin inilah peluang keemasan sesetengah pihak yang tak bertanggungjawab nak kaut untung, jual dengan harga melambung.

Apa pun, kalau nak beli, belilah untuk diri, andaikata diaorang ni bergaduh untuk kepentingan sendiri, tak tahu lah nak cakap apa.

 

Baca : Takut Coronavirus, Orang Sekarang Sanggup Pecahkan Kenderaan Demi Nak Curi Face Mask Yang Semakin Kurang Di Pasaran

Mask 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.