in

Video 10 Saat Ini Cukup Membuktikan Betapa Hebatnya Pengorbanan Seorang Ibu

Page 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Video 10 Saat Ini Cukup Membuktikan Betapa Hebatnya Pengorbanan Seorang Ibu
Loading
/

Kasih sayang dan pengorbanan ibu tiada gantinya. Mereka sanggup membahayakan dan membebankan diri mereka sendiri demi anak tercinta. Rakaman video seorang warga emas bersama anaknya yang lumpuh menjadi viral baru-baru dan telah menyentuh hati ramai netizen.

Gambar dan video itu dimuat naik oleh pengguna Facebook, Gilbred Cargason Alsagon Jr pada hari Sabtu, 11 Mac. Kejadian itu berlaku di sebuah bank di bandar Roxas, Filipina.


M2
sumber: facebook

Warga emas itu dikenali sebagai nenek Juliet dan anak gadisnya dikatakan lumpuh sejak berusia 3 tahun. Dua beranak itu tinggal bersama tanpa bantuan dari sesiapa dan nenek Juliet akan membawa anaknya ke mana sahaja dia pergi kerana bimbang gadis itu akan dirogol jika ditinggalkan berseorangan. Nampak sangat terlalu banyak kes dah berlaku…

Pada saat-saat awal video, warga emas itu dilihat memegang tangan anaknya untuk dikendong selepas selesai urusan di salah sebuah kaunter bank tersebut. Turut kelihatan, seorang pengawal keselamatan yang turut membantu menahan anaknya daripada terjatuh.

Capture2

Sebaik sahaja berjaya menarik dan meletakkan tangan anaknya di bahu sebelah kiri, nenek Juliet terus tunduk untuk menampung berat bagi menaikkan anaknya ke bahagian belakang dan menghenjut sambil menarik kaki anaknya ke depan untuk dikendong.

Ezgif 1 04735Db390

Post tersebut berjaya mendapat lebih 40,000 likes dan hampir 30,000 perkongsian di Facebook. Ternyata, dengan hanya video berdurasi 10 saat itu sudah cukup menunjukkan betapa hebatnya pengorbanan seorang ibu.

Bagi seorang warga emas yang sudah tidak mempunyai tenaga dan kudrat yang kuat, tindakan nenek Juliet itu ternyata menyentuh perasaan ramai apabila sanggup membebankan diri dan mengerah tenaga untuk membawa anaknya ke mana sahaja.

Di akhir statusnya, Gabriel memberitahu bahawa rakannya telah pun menyumbang kerusi roda kepada keluarga itu melalui Pusat Kesihatan Bandar Roxas. Terima kasih!

Hebatnya pengorbanan yang sanggup dilakukan seorang insan bergelar ibu. Adakah kita sudah cukup berkorban dan membalas jasa mereka? Tepuk dada, tanya selera.

Tonton video yang menyentuh perasaan itu di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.