Acara pencak silat di Sukan SEA 2025 sekali lagi menjadi perhatian ramai, bukan kerana aksi hebat atlet, tetapi disebabkan keputusan pengadilan yang dipersoalkan.
Dalam satu perlawanan melibatkan pesilat negara, Farah Mazlan, ramai penonton yang menyaksikan aksi tersebut secara langsung mendakwa atlet Malaysia itu sudah mendahului mata dengan jurang yang sangat besar sejak awal perlawanan.
Artikel berkaitan: Sukan SEA Kembali Lagi, Ini 5 Negara Yang Kerap Jadi Tuan Rumah Bagi Sukan SEA
Artikel berkaitan: Gara-gara Konflik Sempadan, Kemboja Tarik Diri Daripada Sukan SEA
Walaupun jumlah markah tepat tidak dapat dipastikan, kelebihan Farah disifatkan jelas dan konsisten, menyebabkan ramai yakin kemenangan hampir pasti menjadi milik atlet negara itu.
Namun suasana berubah secara mengejutkan pada pusingan ketiga, ketika perlawanan memasuki minit-minit terakhir. Pesilat Thailand dilihat menerima tambahan markah walaupun tidak melakukan sebarang pukulan atau serangan yang jelas, sekali gus menyebabkan kedudukan markah tiba-tiba menjadi seri 60-60.
@nazoowan kekecohan berlaku di venue pencak silat selepas aksi malaysia menentang tuan rumah.. #seagames2025thailand #pencaksilat Video asal : @Luqman M
Situasi tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penonton, termasuk di venue pertandingan dan yang mengikuti siaran langsung.
Tidak lama selepas itu, jurulatih Malaysia bertindak menarik Farah keluar dari gelanggang sebelum keputusan rasmi diumumkan, dipercayai sebagai tanda bantahan terhadap apa yang dianggap sebagai keputusan tidak adil.
Sumber: TikTok
