in

“Vellfire pun tumbang” – [Video] Tular Rakaman Myvi Langgar Toyota Vellfire Sampai Terbalik Di Glenmarie

Ft Myvi Final 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang korang semua tahu, kereta popular keluaran Perodua iaitu Myvi sememangnya berjaya merangkul gelaran ‘King of The Road’ di Malaysia. Ini kerana, kereta keluaran Perodua yang satu ini bukan sahaja ‘kental’ tetapi kalis ‘peluru’ juga sehinggakan sekiranya berlaku kemalangan jalan raya sekali pun, kebanyakannya hanya mengalami kerosakan yang sedikit berbanding kenderaan yang lain.

Seperti sebuah klip video yang tular di media sosial baru-baru ini, terdapat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menampakkan kejadian kemalangan yang berlaku antara Perodua Myvi dan Toyota Vellfire sehingga berjaya meraih perhatian netizen. 


Menerusi Facebook @Info Roadblock JPJ/POLIS, kemalangan ini dikatakan berlaku pada Isnin lepas, 11 Januari 2021 kira-kira pukul 2.45 petang berhampiran Glenmarie, Shah Alam.

Menerusi klip video tersebut, jelas kelihatan sebuah Vellfire yang berwarna hitam sedang bergerak lurus di sebuah simpang empat. Secara tiba-tiba, muncul pula sebuah Myvi berwarna putih datang dari arah kanan tidak sempat untuk menekan brek sebelum merempuh Vellfire berkenaan. 

Langgar 1

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1794402080737494/682858185712367/

Apa yang mengejutkan, Toyota Vellfire berkenaan ‘tumbang’ pula selepas dirempuh oleh pemandu Myvi sehingga mengalami kerosakan yang agak teruk. Tetapi, Perodua Myvi pula hanya ‘kemek’ pada bahagian bumper hadapan. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Vell 1

Myvi

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1794402080737494/790034008595532

Klip video yang berdurasi selama beberapa saat ini berjaya meraih perhatian netizen dimana rata-rata netizen meluahkan rasa ‘kagum’ dengan kehebatan Myvi sehingga berjaya ‘menumbangkan’ Vellfire yang terkenal sebagai kenderaan serba guna (MPV) yang agak besar saiznya.

K1

K2

Baca: “Buat hal lagi” – Kemalangan di Lampu Isyarat, Honda Jazz Melambung Lepas Kena Langgar Dengan Myvi

Baca Myvi 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.