Kecoh diperkatakan semalam mengenai penceramah selebriti, PU Azman atau Azman Syah Alias yang hadir ke Mahkamah Sesyen semalam atas 5 pertuduhan melakukan amang seksual terhadap 2 remaja pada Februari dan Julai tahun ini.
PU Azman yang juga dikenali sebagai Cik Man ini walau bagaimanapun telah mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
[VIDEO] Penceramah selebriti, PU Azman didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas lima pertuduhan amang seksual terhadap dua remaja lelaki tahun lalu. #puazman pic.twitter.com/Y6eMMIU6Gx
— Kosmo! Online (@kosmo_online) October 12, 2022
Caprice dedah mesej PU Azman dan mangsa?
Pun begitu, semalam, rapper terkenal, Caprice melalui IG story telah mendedahkan mesej yang diterimanya daripada seorang individu yang mendakwa dia mangsa kepada PU Azman.
Menurut individu berkenaan, suspek pernah berbalas ‘chat’ dengannya sebelum ini namun perbualan tersebut membuatkan dia berasa tidak selesa kerana mengandungi unsur-unsur yang ‘buruk’.
Individu itu juga telah berkongsi mesejnya dengan suspek yang mana pada awalnya PU tersebut telah meminta nombor telefonnya dan bertanya sama ada dia ‘budak nakal atau skema’.
Perbualan itu kemudian beralih kepada ustaz tersebut meminta supaya mereka melakukan ‘video call’ atau VC bersama.
Selain daripada pendedahan tersebut, ada juga mangsa lain yang mendedahkan pengalaman mereka pernah menjadi mangsa kepada penceramah itu kira-kira 4 ke 5 tahun lalu.
“Pedofilia ialah satu jenayah”
Caprice menerusi IG story kemudian telah menyatakan pendiriannya berkenaan kes ini dengan mengatakan bahawa pedofilia dan perbuatan sexual grooming merupakan satu jenayah yang berat.
Pedofilia is a jenayah. Sexual grooming is a jenayah. Siapa-siapa yang kata benda ni aib hang memang b*d*h. Tolong fahamkan perbezaan mengenai jenayah dan aib.
“Nur Sajat hang pergi tendang sampai dia berlari ke Australia. You have a ustaz yang suka lelaki, pedofilia. Lagi-lagi nak kata ni aib. Tolonglah jangan nilai orang dengan pakaian,” katanya.
Apa-apapun kes berkenaan PU Azman ini masih lagi dalam perbicaraan mahkamah. Oleh itu, tidak dapat dipastikan apa yang didedahkan oleh Caprice ini benar atau tidak.
Kita sama-sama tunggu keputusan dari mahkamah berhubung kes ini ya.
Baca: [VIDEO] PU Azman Hadir Mahkamah Atas Dakwaan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja Lelaki