in

Vaksin AstraZeneca Mampu Beri Perlindungan Dari Covid-19 Seumur Hidup – Kajian

1Az

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam perang melawan virus Covid-19, pelbagai usaha dilakukan termasuklah pemberian vaksin. Kajian baharu mendapati individu yang menerima vaksin Covid-19 Oxford-AstraZeneca akan mendapat perlindungan kuat yang boleh bertahan seumur hidup.

Screenshot 2021 07 18 At 11.30.23 Am

Memetik laporan Berita Harian, teknologi yang digunakan dalam penghasilan vaksin tersebut mewujudkan ‘kem latihan’ sel dalam tubuh penerima bagi mencari dan memusnahkan virus, termasuk varian baharu.


Selain menghasilkan antibodi yang mematikan virus, ini juga bermakna tubuh boleh terus menghasilkan sel penting dalam tempoh yang lama dan mungkin sepanjang hayat penerima.

Kajian saintis dalam jurnal Nature dari Oxford dan Switzerland berkata, perlindungan sel-T adalah ciri utama untuk vaksin yang menggunakan teknologi vektor adenovirus seperti AstraZeneca dan Johnson & Johnson. Sel-T yang dihasilkan daripada ‘kem latihan selular’ itu memiliki tahap kecergasan yang sangat tinggi.

Screenshot 2021 07 18 At 11.31.31 Am

Kajian terdahulu menunjukkan vaksin Oxford-AstraZeneca lebih berkesan untuk menghasilkan Sel-T berbanding vaksin mRNA seperti Pfizer dan Moderna.

Walau apa pun vaksin yang berikan kepada kita, kita ambil dan capaikan imuniti kelompok dahulu. Bab ketahanan seumur hidup ni kita serahkan kepada saintis untuk buat kajian. Ambil vaksin, lindung diri, lindung semua.

 

Baca: Suntikan AstraZeneca Yang Digunakan Di Malaysia Sah Untuk Travel Ke Negara Eropah

Screenshot 2021 07 18 At 11.29.27 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.