in

Ustazah Tersentuh Murid Hadiahkan Duit Tabung Berjumlah 70 Sen Sempena Hari Guru

Hudaaa

Guru mana yang tidak gembira apabila menerima pelbagai hadiah dari pelajar yang dikasihi mereka? Namun situasinya lain pula dengan seorang ustazah ini apabila dia berasa amat tersentuh ketika menerima hadiah dari seorang murid.

Melalui perkongsian Ustazah Jamaliah Amirul di laman Facebook, dia menceritakan satu pengalaman yang dilaluinya semalam ketika menyambut Hari Guru. Jamaliah tidak menyangka akan menerima bungkusan kertas yang mengandungi tiga keping 20 sen dan sekeping 10 sen.

18518076 1018094788324486 3000003763367101646 O
sumber: facebook

Menurutnya, seperti kebiasan pada waktu rehat Jamaliah atau lebih selesa menggelarkan dirinya sebagai Kak Lia pergi ke kantin sekolah. Apabila tiba di sana, dia telah disapa oleh seorang mak cik kantin yang bertanyakan sama ada dia adalah Ustazah Jamaliah.

“Ustazah ini yang nama Jamaliah, kan?” tanya mak cik kantin tersebut.

“Ya, saya mak cik,” jawab Jamaliah yang terasa pelik apabila ditanya sedemikian. Dia beranggapan mak cik kantin tersebut tidak mengenali dia kerana dia guru baru di sekolah itu.

Namun kemudian mak cik kantin tersebut menceritakan tentang sebuah bungkusan kertas yang dijumpainya tadi. Bungkusan tersebut tertulis nama Jamaliah di atasnya, tetapi mak cik kantin itu telah memberikan ia kepada ustazah yang lain.

Tadi ada budak tertinggal kertas yang berbungkus duit syiling. Tapi atas tu ada ditulis ‘Untuk Ustazah Jamaliah sedap nama.’ Tapi mak cik dah bagi pada seorang ustazah yang lain tadi.” 

Pada mulanya Jamaliah masih tidak memahami apa yang dimaksudkan mak cik itu akan tulisan di atas kertas tersebut. Namun sebaik saja dia tiba di meja makan, seorang ustazah menyampaikan kertas berisi duit syiling yang dimaksudkan mak cik tadi kepadanya.

Bila dah tengok barulah Kak Lia faham apa yang mak cik kantin sampaikan.”

Di atas kertas ada ditulis ‘Huda buat.'”

Apabila Jamaliah masuk ke kelas, dia bertanyakan hal itu kepada anak muridnya.

Siapa yang buat ni? Ada tulis nama ustazah tapi dia tercicir di kantin.”

Kak lia tanya ‘Ini huda punya ke?’ Huda anggukkan kepala.”

‘Huda nak bagi pada ustazah ke?’ Sekali lagi dia anggukkan kepala.”

‘Duit syiling ni duit Huda, kan? Huda nak bagi pada ustazah ke macam mana?”

Huda yang tidak banyak bercakap itu mengatakan,

Itu duit tabung saya ustazah. Saya kumpul nak bagi pada ustazah.” 

Dsc04080
gambar hiasan – sumber: the vocket

Apabila mendengarkan butir bicara itu, Jamaliah hampir saja menangis. Dia kemudiannya terus memeluk murid tersebut dan berkata, “Kenapa awak bagi duit tabung awak?”

“Saya tak ada duit banyak. Saya tak tahu nak beli hadiah apa pada ustazah,” jawab Huda.

Luah Jamaliah, sepanjang 10 tahun menjadi seorang guru, inilah kali pertama dia merasa tersentuh dengan hadiah yang diberikan seorang pelajar kepadanya pada hari guru ini. Doa Jamaliah semoga anak muridnya itu membesar menjadi seorang anak yang patuh dan taat pada perintah Tuhan serta solehah kepada ibu bapanya. Semoga makbul doanya…

Rata-rata netizen yang membaca perkongsian tersebut juga ikut rasa tersentuh dengan pengalaman yang dikongsikan Jamaliah itu.

Simpanlah ustazah duit itu. Budak ini takkan lupakan ustazah sampai bila-bila dan ustazah akan kenang hari ini juga. Hadiah yang paling mahal.”

Belajar elok-elok saja dah buat cikgu bangga. Tak perlu nak bagi hadiah. Ingat cerpen masa sekolah menengah bagi hadiah ulam dekat cikgu.”
Huda 1
sumber: facebook

Semoga adik Huda sentiasa cemerlang dalam pelajaran di sekolah. Bertuah ada guru macam Ustazah Jamaliah, semestinya disayangi ramai murid.  

Baca: Netizen Tersentuh dan Puji Pemuda Melayu Suap Makan Warga Emas India

Z 5