in

Ustazah Label Kaum Suami Dayus, Jika Biarkan Doktor Lelaki Yang ‘Sambut’ Bayi

Wanita Bersalin Disambut Doktor Lelaki

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi impian mana-mana wanita yang hamil mahu bersalin di hospital swasta kerana kemudahannya yang baik, di samping bakal ibu ini juga boleh memilih untuk mendapatkan rawatan dengan doktor wanita.

Tapi bagi yang kurang berkemampuan, mereka tiada pilihan lain dengan bersalin di hospital kerajaan dan dalam keadaan darurat, mereka juga perlu menerima rawatan daripada doktor lelaki walaupun ia berkait dengan isu aurat wanita.


Biar isteri bersalin dengan doktor lelaki dikira dayus? 

Walau bagaimanapun, isu ini telah mendapat perhatian seorang penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin di TikTok yang melabel golongan suami sebagai dayus kerana membenarkan doktor lelaki melihat aurat si isteri ketika melahirkan anak.

@sunnahtidakberbohong

#doktorlelakisambutisteribersalin #sakitoperationsakitnyaselamanya #suamiwajibjagaisterioperationseumurhidupnyadenganbaik #sunnahtidakpernahberbohong

♬ bunyi asal – Siti Afifah Shahbudin – Siti Afifah Shahbudin

Kalau kamu takut dosa dengan Allah esok, Dia tanya aurat isteri kamu tu tidak adalah kemudaratan kerana ramai doktor wanita di luar sana. 

“Sebagai seorang suami, kamu ingat di dunia kamu boleh lepas tangan. Allah akan membela wanita. Jangan main-main. Sehebat mana kamu sama ada ustaz di luar sana mengajar dan ceramah, macam mana kalau bini (bayi) kami disambut lelaki yang bukan suaminya,” kata ustazah berkenaan.

Pexels Photo 12116861

Para suami juga dilabel sebagai dayus kerana tidak membela maruah isteri mereka yang sedang berjuang melahirkan anak.

Malah cadangnya lagi, para suami sepatutnya mengumpul wang dalam tempoh 9 bulan isteri mengandung untuk membayar kos bersalin di hospital swasta yang dianggarkan bernilai RM4,000.

Kamu dayus. Suami yang dayus adalah yang tiada ihsan, tidak membela maruah isterinya,” katanya lagi.

“Tahu tak aurat wanita muslim dengan wanita muslim lain dari pusat hingga lutut?” 

Meskipun mendapat pelbagai komen daripada netizen, seorang pengguna TikTok bernama @deakhalidmua telah tampil memberi pandangannya berkenaan yang apa yang diulas ustazah tersebut.

Menurut Dea, statement ustazah tersebut sebenarnya salah kerana jika dia betul-betul menekankan supaya doktor wanita menguruskan para ibu bersalin – ia sebenarnya tidak dibenarkan kerana aurat sesama wanita muslim adalah antara pusat hingga ke lutut.

https://www.tiktok.com/@deakhalidmua/video/7162780946205347098?_r=1&_t=8X92mkMD4Vu&is_from_webapp=v1&item_id=7162780946205347098

Kalau ikutkan tak boleh pun doktor wanita uruskan wanita bersalin. Hanya suaminya sahaja boleh handle, beranak saja kat rumah biar suami sambut. Apa-apa komplikasi baby mati, wife pun mati husband kena happy sebab kita dah jaga aurat isteri. 

Even kalau doktor wanita tu bukan Muslim, aurat wanita lagilah, sama macam kita dengan bukan muhrim. Masih lagi muka dengan dua telapak tangan,” katanya.

Menurutnya, dia memohon ustazah berkenaan tampil memberi penjelasan semula berkenaan hal tersebut supaya emosi para ibu tak terganggu dan para lelaki tak down memikirkan cara untuk mengumpul wang buat isteri bersalin.

Apa-apapun diharapkan ada ustaz dan ustazah lain boleh memberi penjelasan yang lebih jelas mengenai hal ini dan bagi admin kalau dalam situasi darurat kita tak boleh memilih kerana ia antara hidup dan mati. 

Baca: [VIDEO] Netizen Respek Elfira Loy Tersenyum Masa Bersalin, Kongsi Tips Dari Bidan

El

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.