Kenyataan daripada usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM mencuri tumpuan warganet di Threads yang meluahkan rasa kurang senang dengan kata-katanya itu.
Tutur katanya menerusi satu keratan video live di TikTok itu menunjukkan Kak KM didakwa lantang mengkritik golongan pendakwah wanita.
Artikel berkaitan : “Naik satu jerawat pun dah memekak” – Kak KM ‘Buka Mulut’ Isu Anak Berhenti Kerja
Artikel berkaitan : “Cakap macam tak pakai ot*k” – Dituduh Tak Lepas Interview, Anak Kak KM ‘Sound’ Netizen
Samalah dengan uztazah tu – Kak KM
Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu menyuarakan pendapatnya setelah terbaca ungkapan yang dikatakan keluar daripada mulut seorang ustazah mengenai cerminan hati seseorang berdasarkan kata-kata.
“Sama lah dengan ustazah-ustazah tu. Ustazah apa pun, kau jangan percaya apa dia cakap. Apa yang dia nak berdakwah, sebenarnya banyaknya nak cakap-cakap pasal orang je.”
View on Threads
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen kecewa dengan kenyataan itu serta ada yang mengecam serta mempertikaikan dirinya. Bagaimanapun, ada yang mendoakan kebaikan buat diri Kak KM.

Sumber : Threads
