in

Ustaz Respons Isu Influencer Buat Content “Siapa Cipta Allah”

Fi Ustaz

Sebagai seorang yang beragama Islam, semestinya daripada kecil kita ni didedahkan dengan basic agama contohnya macam Rukun Islam, Rukun Iman, cara solat, mengaji dan sebagainya. Kalau korang flashback balik waktu zaman tadika dulu, time tu lah cikgu atau ustazah akan suruh baca doa, nasyid, ajar iqra dan macam-macam lagilah.

Semakin menginjak dewasa, kita dah tengok pelbagai isu dan soal jawab berkaitan dengan agama yang selalu trending kat sosial media. Namun, ada juga sesetengah soalan berkaitan agama ni yang dikatakan agak sensitif dan boleh mengelirukan banyak netizen.

Korang mesti tau kan lately ni viral kat TikTok sorang lelaki yang memuatnaik video pendek dan dalam video tu lelaki tersebut mempersoalkan siapa yang cipta Allah.

Lelaki

Video tu dah dapat banyak komen dari netizen lain termasuklah seorang ustaz ni yang respons dengan berkongsi ilmunya tentang akidah. Korang take note tau apa yang ustaz ni sampaikan!!

Thread

 

“Inilah salah satu faktor mengapa pentingnya kita mempelajari akidah yang sahih sedalam-dalamnya” – Ustaz Fahmi

Menurut thread ustaz yang turut dipanggil sebagai Muhammad Fahmi ni, ustaz ada jelaskan ilmu akidah yang sahih penting untuk kita belajar sebab dari situ kita boleh bezakan antara Al-Khaliq (Maha Pencipta) dan Al-Makhluq (Makhluk). Kita tak boleh nak samakan dua perkara ni.

“Jika ada anggapan Allah sama macam makhluk, itu yang timbul : Siapa pula cipta Allah?” – Ustaz Fahmi

Dalam thread ni jugak, ustaz Fahmi turut menambah yang soalan macam ni termasuk dalam waswasah (bisikan syaitan) dan cara untuk kita elak adalah dengan mohon perlindungan Allah, baca surah Al-Nas dan ucap آمنت بالله (aku beriman dengan Allah). Hmm, banyak input yang min dapat dari ustaz ni.

Jadi korang, jom kita sama-sama ambik iktibar dari isu ni dan improve diri kita untuk jadi lebih baik okayy?

Baca: “Penceramah Dikecam Gara-gara Buat Perbandingan Konsert Justin Bieber Dengan Kelas Agama?”

Iddin

 

Sumber: Twitter