in

Ustaz Don Daniyal Reda, Akui Terkhilaf Dan Akur Direhatkan Dari Bersiaran Di RTM

Ft Ustaz Don Reda

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terpalit dengan kontroversi, pendakwah bebas, Don Daniyal atau lebih mesra dengan panggilan Ustaz Don, akui bahawa dirinya terkhilaf dalam berkata-kata. Dia berlapang dada dengan ujian yang dihadapi dalam menegakkan syiar Islam.

Malah, dia juga reda dengan keputusan dan arahan daripada Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk merehatkannya daripada bersiaran dalam program Salam Baitullah.


Artikel berkaitan : “Kerap merepek dan baca hadis palsu” – Pensyarah Dakwa Ustaz Selebriti Suka ‘Melalut’ Ketika Berdakwah?

Artikel berkaitan : Mahu Elak Perbalahan Berpanjangan, RTM ‘Rehatkan’ Ustaz Don Dari Program

“Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan atas keprihatinan semua orang atas apa yang berlaku. Setakat hari ini, saya berlapang dada dengan keputusan dan arahan daripada pihak RTM.”

Dalam pada itu, lulusan Universiti al-Azhar ini juga akui yang dia amat hormati pandangan ulama yang pakar dalam hal ehwal khususnya hadis.

Jelasnya, arahan ulil amri (pemerintah) mestilah dipatuhi oleh seseorang selagi ia tidak bercanggah dengan Islam.

320265235 451810270478795 5889435707877702884 N

“Perkara ini saya selalu tekankan dalam mana-mana keadaan.”

Sebagai rujukan, Don Daniyal Din Biyajid telah mengundang perhatian ramai ekoran dakwaannya berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW, kenyataan tersebut diberikan ketika bersiaran di sebuah radio swasta dengan mendakwa baginda pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani sebanyak tiga kali dan dakwa Ummu Hani adalah cinta pertama Rasulullah SAW.

Kenyataan tersebut telah mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak yang mempersoalkan kesahihan dakwaan Don Daniyal. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan kemudian turut mengeluarkan kenyataan menjelaskan kekeliruan dilakukan personaliti terbabit.

Don2Sss Scaled 1

Antara lain pejabat itu berkata dakwaan nabi melamar wanita terbabit sebanyak tiga kali tidak dapat diterima kerana berlaku kecacatan pada riwayatnya. Bagaimanapun, Don Daniyal dikatakan masih lagi boleh meneruskan kegiatan dakwahnya di tempat lain.

Sumber : malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.