Siapa kata permainan video hanya untuk golongan remaja sahaja dan tidak boleh dimainkan oleh warga emas?
Seorang nenek berusia 81 tahun menjadi tular apabila bermain permainan video Free Fire dan menjadi pemain pro untuk permainan itu.
Dikenali sebagai MamiNena dengan ratusan ribu pengikut di TikTok menjadi tarikan apabila usianya tidak menghalang minatnya untuk bermain permainan video.
Dia bermula bermain apabila diperkenalkan oleh cucunya dan sejak itu dia mempunyai gaming komputer dan kerusi khas untuk bermain game.
Dalam dunia game, nenek itu mempunyai watak tersendiri dan sering menjadi tumpuan musuh untuk dihapuskan, namun dia hanya seorang nenek realitinya.
Dia juga mempunyai pengikut yang ramai di YouTube dan jika melakukan penstriman nenek itu akan mendapat hadiah maya yang boleh ditukarkan menjadi wang tunai.
Bukan itu saja, dalam permainan video juga nenek itu mempunyai pelbagai jenis senjata yang unik dan sukar didapati oleh pemain biasa.
Masih belum terlambat buat sesiapa yang ingin menjadi pemain game profesional.