in

Usahawan Kosmetik Dakwa Dana PIBG RM16K Diseleweng Pihak Pentadbir Sekolah

Dana Pibg Seleweng

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan badan yang penting dalam sesebuah sekolah, ia bukan sahaja dapat membantu kewangan sekolah malah ia juga boleh membantu dari segi keperluan lain pelajar.

Pun begitu, baru-baru ini seorang usahawan kosmetik mendakwa ada berlaku penyelewengan wang dana PIBG di sebuah sekolah kebangsaan di Kedah yang membabitkan jumlah keseluruhan RM16,000.


Cats 90

Cik Puan Auni atau nama sebenarnya Auni Nazmi Azhar memberitahu perkara itu berlaku tahun lalu ketika beliau memegang jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) PIBG sekolah berkenaan.

Menurut laporan Harian Metro, pihak pentadbir sekolah dua kali membuat pengeluaran wang dana PIBG masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM6,000 antara September hingga Oktober tahun lalu.

“Sebelum itu, saya ada bertanya tujuan pengeluaran dan mereka beri alasan untuk pembangunan infrastruktur lalu saya minta mereka mengemukakan kertas kerja. Mereka beritahu kertas kerja sudah siap dan berada di sekolah.

Namun apabila saya ke sekolah untuk menandatangani kertas kerja yang dikatakan sudah siap, ia gagal diserahkan lalu saya menggesa wang dikeluarkan itu dipulangkan semula tetapi pihak pentadbir sekolah hanya memulangkan RM10,000 sahaja.

Malangnya, pada mesyuarat PIBG Januari lalu, kertas kerja diberikan bercanggah dengan tujuan asal pengeluaran iaitu pembelian baju dan bayaran bas bagi program team building guru yang tidak membabitkan murid sekolah,” katanya.

Auni berkata, PIBG meminta pihak pentadbir sekolah memulangkan semula wang berkenaan dan setakat ini pentadbir sekolah hanya memulangkan wang sebanyak RM10,000.

Susulan itu, dia membuat laporan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selain tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya tiada tindakan lanjut diambil.

Harap selesai cepatlah, kesian pelajar-pelajar tu…

Baca: Curi Wang Zakat Bernilai RM22k, 4 Lelaki Indonesia Ditahan Polis

Cats 27

Sumber: Majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.