in

[UPDATE] Lelaki Viral Gunting Jalur Gemilang Di KL Telah Ditahan

collage 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, satu video telah tular di TikTok menunjukkan seorang lelaki telah menggunting beberapa Jalur Gemilang yang dikibarkan di laluan pejalan kaki di Kuala Lumpur.

Menurut pengguna TikTok tersebut, dia telah pun menegur perbuatan lelaki tersebut namun tak diendahkan selain turut bimbang dicederakan ekoran pelaku tersebut memegang gunting.


Dia rosakkan bendera malaysia wey , org tegur dia marah balik.. Tolong bgi viral biarr dia dapat balasan.”

Ekoran ini, pihak polis telah cuba mengesan pelaku yang terlibat dalam kejadian dipercayai berlaku semalam di ibu negara namun masih belum menerima apa-apa laporan dari mana-mana pihak.

Namun begitu, sebentar tadi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memuat naik posting di Facebook rasmi mengatakan bahawa pelaku tersebut telah pun berjaya dikesan.

Lelaki tersebut juga telah di bawa ke IPD Dang Wangi untuk dikenakan tindakan lanjut.

Baru-baru ini Min ada laporkan tentang beberapa tindakan vandalisme yang melibatkan kejadian Jalur Gemilang dirosakkan di beberapa lokasi pemasangannya di pusat bandar.

“So hari ni, Min nak update yang pelakunya telah dikenalpasti dan ditahan seterusnya telah diserahkan ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.”

https://www.facebook.com/dbkl2u/posts/pfbid02LTaLF58QnZwUjHxKJiSAQ7ivXsq2wVutx2LNPYetFjN9PJhavSWDsdge3Xn6vXxFl

Melalui gambar yang disertakan dengan perkongsian ini, dapat dilihat gunting yang didawa telah digunakan untuk menggunting Jalur Gemilang oleh pelaku tersebut telah disimpan dalam beg yang dipakai bersamanya.

Pun begitu, punca sebenar lelaki tersebut berbuat demikian masih belum diketahui.

 

Baca: “Orang tegur dia marah balik” – [VIDEO] Lelaki Gunting Bendera Kini ‘Diburu’ Polis

potong jalur gemilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.