in

“Untuk orang Iban, saya mohon maaf” – Ifa Raziah Tak Sangka Gurauan Disalah Erti

Ifa Raziah Kaum Iban

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Ifa Raziah ‘disekolahkan’ netizen apabila dia didakwa memperlekehkan kaum iban menerusi komen yang ditulisnya.

Ifa dianggap sengaja mencetuskan provokasi mengguris perasaan banyak pihak dengan meninggalkan komen pada hantaran dibuat rakannya di Instagram (IG).


Komen Ifa itu dikongsikan seorang pengguna aplikasi Threads yang memuat naik tangkap layar hantaran berkenaan di akaun media sosialnya.

Hantaran itu menyebabkan pemilik akaun Threads terbabit mempersoalkan tindakan Ifa yang dianggap tidak menghormati etnik kaum di Sarawak itu.

Screenshot 2024 12 19 131957

Artikel berkaitan: “Mariah Carey nyanyi pun sumbanglah!” – [VIDEO] Ini Respon Ifa Raziah Bila Nyanyiannya Dikritik…

Ifa mohon maaf

Terbaharu, penyanyi yang juga usahawan tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan terbabit.

Katanya, dia tidak menyangka gurauan antaranya dengan selebriti media sosial, Kelly Azman di ruangan komen itu telah menimbulkan salah faham dalam kalangan kaum Iban.

Ifa menyebut perkataan Iban merujuk kepada penampilan Kelly menerusi satu video yang dimuat naik selebriti berkenaan.

Menjelaskan isu itu bagi meleraikan salah faham, Ifa tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak.

Dakwa Ifa, dia berasa sangat terkejut kerana komen yang dimuat naik itu sudah pun berlalu enam minggu lepas tetapi tidak menyangka ia menjadi tular baru-baru ini.

“Saya tak tahu apa benda yang mereka tulis dan komen di video itu dan rupanya berkenaan komen saya yang terkejut tengok video Kelly menyanyi.

“Sebenarnya saya dan Kelly sahabat baik. Bila kami bergurau, saya tak bermaksud apa-apa, apatah lagi berniat nak body shaming, face shaming dan lain-lain. Pertama kali tengok video itu, saya nampak head gear yang berada di atas kepala. Sangat cantik!”katanya.

Snapinsta.app 465696697 18473083879026015 851294621488329982 N 1080

Selain itu, Ifa berkata, dia tidak pernah bercakap buruk atau melakukan perkara yang tidak baik terutama melibatkan isu perkauman.

“Setahu saya orang Borneo orang yang paling cantik. Kawan saya ramai orang Sarawak dan Sabah. Mereka terdiri daripada pelbagai kelompok etnik. Tak akan saya nak main sentimen perkauman?

“Tak ada sedikit mengenai perkara itu terniat di hati saya. Maksud saya, Kelly pakai bunga-bunga atas kepala. Pandangan mata saya, orang semenanjung tak pakai macam itu. Kedua, bila Kelly menyanyi macam tak tentu arah. Itu maksud saya. Demi Allah, semua itu telah disalah ertikan.”

Justeru, Ifa berharap semua pihak menerima penjelasannya dan tidak mahu isu yang berlaku dipanjangkan lagi.

“Untuk orang Borneo, Sabah, Sarawak dan orang Iban, demi Allah saya ini orang Islam. Saya susun sepuluh jari dan mohon maaf,” katanya.

Terdahulu, susulan hantaran itu juga membuatkan netizen berasa kesal dengan tindakan Ifa kerana kurang peka mengenai sensitiviti kaum.

Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.