in

“Untuk keselamatan kita semua” – Anak Diekori Lelaki Tak Dikenali, Wanita Saran ‘Download’ Aplikasi Ini

Download Aplikasi Life360

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan, jenayah boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi selalunya golongan wanita yang sering menjadi mangsa jenayah.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang wanita memaklumkan anak perempuannya berhadapan situasi bahaya ketika keluar seorang diri, baru-baru ini.


Menurut wanita itu, insiden berlaku di kawasan parkir sebuah pusat membeli-belah yang terletak di Selangor. Anaknya menyedari sedang diekori seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia menghampiri keretanya.

Artikel berkaitan: “Konon tengah call orang tapi..” – Wanita Trauma Diganggu Lelaki Tak Dikenali Dalam Bas

Artikel berkaitan: Pernah Diekori Hingga UK, Wanita Dedah 8 Tahun Kena Gangguan Seksual Dengan Lelaki Sama

“Anak saya perasan. Dia mula jalan laju-laju pergi kereta dia dan lelaki tu pun ikut jalan laju dari belakang.

“Masa dia masuk kereta, orang yang tak dikenali tu berdiri berhampiran keretanya. Saya rasa dia dah sedia nak serang anak saya tapi anak saya sempat lock kereta,” katanya.

Mujur pada waktu itu, datang sebuah kereta yang mahu parkir di sebelah kereta anaknya. Pemandu kereta itu turut menyedari situasi tersebut dan bertindak meminta anaknya keluar dari kawasan parkir segera.

@itsnurrrrr

#stitch with @Yzmeen ☆ semua tempat pon dh tak selamat skrg ni.Tiap2 hari ada je kes2 mcm ni.Hati2 la semua please😔 Download apps Life360.At least kita tau semua ahli keluarga kita dimana. #360apps #staysafe #dontbealone #fyp #awareness

♬ original sound – Its_Nur🕊️ – Its_Nur🕊️

Download aplikasi Life360″

Susulan insiden itu, dia meluahkan rasa bimbang dengan kejadian yang dialami oleh anaknya dan meminta anaknya perlu berjaga-jaga.

Dalam pada itu, dia juga menyarankan kepada netizen untuk muat turun aplikasi Life360 di telefon pintar masing-masing.

“Sekarang ni guys tak selamat dah. Dekat Malaysia ni macam-macam hal, macam-macam kes kita dengar orang hilang, kena bunuh.

“Jadi ibu bapa download lah aplikasi ini. You boleh tahu ahli keluarga dekat mana in real time. Kalau you buka aplikasi tu, you dah tahu anak dekat mana.

“Semua orang download aplikasi ini. Ini adalah untuk keselamatan kita semua.”

Sekarang ni, macam-macam hal boleh berlaku. Sekurang-kurangnya dengan menggunakan aplikasi ni, kita boleh tahu orang tersayang berada di mana.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.