Seperti yang ramai sudah maklum, banyak negeri di selatan Semenanjung Malaysia dinaiki air sejak semalam, malah lebih memilukan di Johor terdapat satu kematian yang melibatkan bencana alam tersebut.
Dalam waktu yang getir sebegini, ramai yang memerlukan bantuan dan baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang individu sanggup meredah arus banjir yang sangat deras bagi membantu mereka yang berada di sebuah Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Johor.
@zurainiswarno Unsung Hero Abg Salleh . Sampai muka pun tak berdaya nak bertahan kat arus tu utk bg bantuan makanan org2 kat PPS . Dari air parat betis sampai dah paras pinggang . Arus kuat sangat ? Allaahhuuu ? #Chaahbanjir #KgJawaBaruChaah #banjir2023 #johordarultakzim??
Individu yang dikenali sebagai Abang Salleh itu sanggup berlawan dengan arus air banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Chaah di Johor untuk mengambil bekalan makanan untuk mangsa-mangsa yang terkandas.
Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @zurainiswarno itu setakat ini telah mendapat lebih sejuta tontonan serta lebih 2k komen yang rata-rata mendoakan keselamatan Abang Salleh serta mangsa-mangsa banjir.
“Unsung Hero Abg Salleh. Sampai muka pun tak berdaya nak bertahan kat arus tu untuk bagi bantuan makanan orang-orang dekat PPS. Dari air paras betis sampai dah paras pinggang. Arus kuat sangat,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), beberapa kawasan di Pahang dan Johor dijangka dilanda hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga Sabtu ini.
AMARAN HUJAN BERTERUSAN ?️?️?️#amaranhujanberterusan#metmalaysia pic.twitter.com/Lwh0SBN9PI
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 2, 2023
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikemas kini pada 11.55 pagi tadi memaklumkan keadaan cuaca sedemikian di Pahang dijangka melibatkan daerah Pekan dan Rompin; manakala Johor di Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Semoga semuanya sentiasa selamat…
Baca: “Tak ada rumah dah” – Mangsa Banjir Terengganu Rayu Kerajaan Buka Penempatan Baru