in

“Uno reverse” – Dililit Ular Tedung Di Lengan, Budak 8 Tahun Gigit Reptilia Sampai Mati

cats 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam satu kejadian mencemaskan, seorang kanak-kanak berusia 8 tahun telah menggigit seekor ular tedung sehingga haiwan itu mati. Kejadian difahamkan berlaku di perkampungan Pandarpadh, di daerah Jashpur.

Ketika hari kejadian, Deepak sedang bermain di belakang rumahnya apabila seekor ular tedung berjaya melilit lengannya lalu mematuk kanak-kanak itu. Cemas dengan apa yang terjadi, Deepak menggigit ular tersebut dengan kuat sebanyak dua kali untuk menyelamatkan diri.


“Ular berjaya melilit lengan dan patuk saya. Saya dalam kesakitan. Reptilia itu tidak bergerak ketika saya cuba melepaskan diri, jadi saya gigit dengan kuat sebanyak dua kali. Kejadian berlaku dengan pantas”, ujar Deepak berkenaan kejadian itu.

2 1

Selepas mendengar suara Deepak dari belakang rumah, keluarga kanak-kanak ini membawa dia ke hospital dengan segera. Deepak diberikan penawar dan diletakkan dibawah pemerhatian pihak hospital sehingga sembuh.

Doktor mendapati patukan ular tersebut tidak mempunyai racun dan Deepak tidak menunjukkan apa-apa simptom yang membahayakan.

Untuk rekod, Jashpur adalah daerah yang dikenali sebagai Naglok, yang bermaksud ‘tempat tinggal ular’. Difahamkan, daerah ini mempunyai lebih 200 spesies ular.

Kredit: The New Indian Express

BACA: Lelaki India Disyaki Penjenayah Disiasat Imigresen Berjam-jam, Rupanya Salah Orang

Capture 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.