in

UMNO Anjur Kursus Berdemo, Belajar Nak Jadi Pembangkang Baik

Kursus Asas Pembangkang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) memang beri perubahan besar kepada situasi politik negara. Pakatan Harapan diangkat menjadi kerajaan, manakala Barisan Nasional yang setelah sekian lama memerintah terpaksa pulak menjadi pembangkang.

Kerana tak ada pengalaman jadi pembangkang, UMNO telah anjur Kursus Asas Pembangkang Berkesan pada 31 Ogos lepas. Sebuah video jugak tersebar di Twitter, menunjukkan ahli UMNO yang terbabit tengah berlatih cara-cara nak berdemo. Uishh nak berdemo pun ada kursus sekarang… kemain!


Video ni jadi bahan ejekan netizen terutamanya bagi yang menyokong kerajaan kerana perkara ni dilihat janggal dan belum pernah lagi pihak pembangkang sebelum ni buat kursus untuk berdemo, berdebat dan jugak simulasi untuk membuat laporan polis.

Dme4Gr9Vaaemv5F
sumber: twitter
Demo
sumber: twitter

Ada jugak yang suggest supaya UMNO buat latihan amali dengan water cannon daripada FRU. Katanya sebagai cara nak uji kekentalan minda. Amboi korang… 

Water Cannon
sumber: twitter

Walau bagaimanapun, usaha pihak pembangkang mengajurkan kursus seperti ni jugak dipuji beberapa pihak. Ini jugak tandanya UMNO ada effort untuk berubah jadi pembangkang yang baik.

Kursus
sumber: twitter

Malah Lokman Nor Adam jugak berkata, perkara ni adalah isyarat jelas bahawa UMNO sentiasa bawa isu rakyat dan bukannya hal-hal perkauman yang sempit.

“Dengan tersebarnya video itu, baru ahli Umno sendiri sedar bahawa kepimpinan baru parti di bawah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai presidennya sedang menyediakan bala tentera untuk memusnahkan Pakatan Harapan,” katanya kepada Malaysiakini.

Dl9Omhrucai1Ic2
sumber: twitter

Jelasnya lagi, Kursus Asas Pembangkang Berkesan itu diadakan bagi mengukuhkan persediaan sukarelawan UMNO untuk menjadi barisan pembangkang yang berjiwa kental dan berwibawa.

Diharapkan melalui kursus ini UMNO berjaya menjadi pembangkang yang baik dan memperjuangkan hak rakyat yang sepatutnya. 

Baca: Nak Sewakan Bangunan, Poket UMNO Dah ‘Kering’? 

Umno

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.