Nama pempengaruh Umisya Mazlan menjadi sebutan ramai sehingga ke hari ini, ianya bermula apabila suaminya Aslam berkahwin dengan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim.
Terbaru, Umisya menerusi laman Instagram miliknya memuat naik satu posting yang memaparkan dia dan suaminya Aslam yang kelihatan mesra di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Artikel berkaitan: “Raya ada minta maaf tak?” – Kakak Umisya Mazlan Tampil Bersuara, Dakwa Individu Psiko Banyak ‘Plot Twist‘
Artikel berkaitan: “Situasi kami tak seperti dalam gambar ni ya” – Umisya Perjelas Isu Video ‘Boomerang’ Dengan Marissa
Dalam posting itu, Umisya menulis di bahagian kapsyen yang menyebut jika ianya sudah menjadi takdir maka ia akan menemui anda.
Dalam posting yang lain, difahamkan Umisya bakal berangkat ke tanah suci bersama isteri pertama Abang Tesla, Nur Majdina serta influencer Farah Fakhira.
View this post on Instagram
Posting itu sudah pastinya menjadi perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila Marissa baru sahaja memuat naik gambar bersama Aslam di laman Instagram miliknya.
“First love always true love”
Rata-rata netizen gembira melihat pasangan itu bahagia bersama serta ramai yang mendoakan hubungan mereka sentiasa dipelihara.
Tidak kurang juga, ramai yang meninggalkan komen yang membandingkan Umisya dengan madunya, Marissa.
Semoga Umisya dapat umrah yang mabrur!
Sumber: Instagram