Selepas kejayaan beberapa negara seperti Iceland dan New Zealand melancarkan program kerja 4 hari seminggu pada tahun lalu, kini United Kingdom (UK) bakal mengikuti jejak langkah tersebut pada minggu ini.
Menurut BFM News, ribuan pekerja di UK akan memulakan program kerja 4 hari seminggu sebagai salah satu program ‘percubaan’ yang terbesar untuk corak waktu bekerja yang baru.
1. Thousands of employees in the UK will begin a four-day work week this week, as part of the world's biggest trial of the new working pattern.
They will receive 100% of their pay for working 80% of their usual hours, in exchange for maintaining 100% of their productivity. https://t.co/CyWH4n9sWQ pic.twitter.com/88CdehNkUq
— BFM News (@NewsBFM) June 7, 2022
Apa yang menariknya, walaupun mereka ini hanya bekerja 4 hari seminggu, tapi mereka tetap dapat 100% gaji daripada 80% waktu kerja dari waktu sebelumnya. Fuh!
Hanya ‘trial’ untuk 6 bulan, tengok keberkesanan
Walau bagaimanapun, program kerja 4 hari seminggu ini katanya akan diadakan hanya untuk tempoh 6 bulan percubaan, yang mana ia melibatkan 3,300 pekerja daripada 70 syarikat di UK.
Antara syarikat yang terlibat adalah daripada industri pembangunan perisian, perkhidmatan kewangan, firma pengambilan, kebajikan dan restoran fish-and-chip.
Program ini diadakan atas usahasama komuniti NGO 4 Day Week Global dengan pakar dari Universiti Cambridge, Oxford dan juga Boston.
“Malaysia lambat lagi nak buat”
Berita ini ternyata membuatkan pekerja di Malaysia agak cemburu setelah sejak kebelakangan ini ramai yang mengadu kehilangan ‘work life balance’ selepas diminta kembali semula ke pejabat kerana negara kini di Fasa Peralihan Endemik.
Amacam? Korang setuju tak kalau kerajaan tiba-tiba benarkan kerja 4 hari seminggu? Kongsikan pendapat korang di komen!
Baca: “Kerja 40 jam atau…” – Elon Musk Benarkan Staf Bekerja Dari Rumah Dengan ‘Syarat’