in

“Ujian demi ujian” – Nora Ariffin Diuji Lagi, Selepas Kehilangan Suami & Anak Kini Ibu Mertua Pula Meninggal Dunia

nora

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap yang hidup pasti akan merasakan kematian. Namun bagi penyanyi Nora Ariffin, kebelakangan ini banyak kematian yang berlaku begitu dekat dengan kehidupannya.

Bermula dengan kematian suaminya, Johan Nawawi pada 2017 dan diikuti dengan kematian anaknya pula, Alif Johan pada 2019, satu lagi berita kematian menyusul.


Menerusi Instagram Nora, penyanyi Di Persimpangan Dilema ini memaklumkan bahawa ibu mertuanya, Nora Abdullah (ibu arwah Johan Nawawi) telah meninggal dunia hari ini pada pagi tadi (2 September 2020). 

Dalam kenyataannya di media sosial tersebut, dia berharap ibu mertuanya ditempatkan bersama para solehin dan dapat bertemu dengan suami dan anaknya di sana nanti. Sedihnya… 

https://www.instagram.com/p/CEnzKQCHZvL/?igshid=1tkb7sr8sa51t

 

Netizen bersimpati dengan Nora

Rata-rata netizen di media sosial mengucapkan takziah buat Nora dan mendoakan semoga penyanyi ini tabah dengan dugaan yang dihadapinya itu.

Image from iOS 10

Ujian yang menimpa Nora ini juga mendapat perhatian personaliti TV3, Fedtri Yahya yang juga bersimpati dengan penyanyi ini.

https://www.facebook.com/10150132506430525/photos/a.10154247002685525/10164329348410525/?type=3&theater

Untuk info, arwah Nora Abdullah ialah pelukis komik wanita pertama negara dan terkenal dengan hasilnya tentang lagenda Cik Siti Wan Kembang pada tahun 1955 dan diterbitkan semula dalam majalah Gila-Gila dan Salina pada tahun 1980-an.

https://www.facebook.com/rumahkartundankomikmalaysia/posts/1462507183949159

Takziah buat keluarga Nora Ariffin. Al Fatihah… 

Baca: “Nak bantu kakak terkena renjatan tapi” – Gitaris Terkenal, Eddy Malmsteen Meninggal Dunia Terkena Renjatan Pemanas Air

mirapiljah

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.