in

“UiTM di hatiku” – Nombor Plat ‘UITM’ Boleh Dibida Mulai 26 Ogos Ini. Warga UiTM Boleh Simpan Buat Kenangan

Gh2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni kalau korang perasan ada nombor plat khas yang dikeluarkan untuk dibida oleh orang ramai. Antaranya adalah RIMAU, PATRIOT dan MALAYSIA.


Tetapi kali ini satu kelainan yang diperkenalkan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) apabila membuka bidaan nombar plat ‘UITM’.

Gh

Menerusi posting Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Prof Ts Dr Mohd Fozi Ali di Facebook. Dia memaklumkan bahawa nombor plat UITM 1-9999 sudah boleh dibida bermula pada 26 Ogos ini.

Beliau juga menzahirkan rasa bangga dan berbesar hati dengan inisiatif ini yang bertujuan untuk membantu UiTM menjana pendapatan sekaligus menyeru warga UiTM untuk memilikinya sebagai tanda kenangan.

7 Ogos 2020: Warga & Alumni UiTM pasti bangga dgn UiTM. Jom kita pakat beli & guna Plate baru UITM 1-9999. Bantu UiTM…

Posted by Fozi Ali on Jumaat, 7 Ogos 2020

Sememangnya universiti awam yang terkenal dengan slogan “UiTM di hatiku” itu telah memberi peluang kepada orang ramai khususnya warga UiTM untuk menjadikan nombor plat ini sebagai kenangan seumur hidup dan sentiasa dekat di hati mereka.

Bagi sesiapa yang berminat, boleh mula membida di laman sesawang https://uitmbida.uitm.edu.my/ pada 26 Ogos 2020 dan nantikan kemas kini terbaharu dari pihak UiTM.

 

Jadi, untuk korang yang pelajar, staff ataupun alumni UiTM tu boleh la bida nombor plat ni. Ada 1 daripada 9999 jumlah nombor yang korang berpeluang untuk dapatkan. Siapa cepat dia dapat. Save the date!

Baca: UiTM Kenalkan Stail Baru Ambil Skrol, Pelajar Rela Tangguh Convo Buat Petisyen Tak Nak Guna ‘Green Screen

Gh4

Sumber: UiTM Bida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.