Tular di media sosial semalam selepas satu video berkenaan Hospital Angkatan Tentera Malaysia di Kuala Lumpur mengubahsuai parkingnya menjadi hospital untuk menempatkan pesakit Covid-19. Ramai yang mempertikai keputusan pengubahsuaian itu pada mulanya.
Korang boleh tengok video yang dikongsi @KL_Reporter berkenaan parking tu kat bawah ni.
One of Malaysia’s military hospitals in KL has activated its car park into disaster ward as #COVID19 pandemic continues unabated. Hospital Angkatan Tentera Tengku Mizan parking area designed for emergency used is equipped with oxygen, suction and power plug at each column-vidnet pic.twitter.com/uzyXaVxiG5
— Kuala Lumpur Reporter ?? (@KL_Reporter) July 9, 2021
Penjelasan arkitek
Bagi mengurangkan kegusaran rakyat yang prihatin akan keadaan pesakit Covid-19 yang bakal ditempatkan disana, seorang arkitek tampil untuk memberikan penjelasan mengenai situasi di parking Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan itu.
Korang boleh tengok penjelasan @HudaMahmud79 dalam tweet-nya di bawah.

Soalan tambahan dari netizen
Selepas perkara ini dijelaskan oleh @HudaMahmud79, ramai juga netizen yang bertanya dan berkongsi info tambahan dengan beliau.

Oh, patut lah nampak siling parking tu tinggi semacam. Biasa tengok siling dekat parking mall je, semua rendah-rendah.

Bagus betul kalau buat design yang boleh diguna pakai untuk tujuan lain. Dalam konteks ni, parking pun boleh jadi hospital sementara. 2 in 1 gittew.

Min pun first time nampak. Mungkin sebelum ni tak pernah ambil tahu kot. Bagus macam ni, gunakan ruang sebaik mungkin.

Min baru nak tanya soalan macam ni. Rupanya hospital tentera je yang macam ni. Baru teringat, hospital awam lain kebanyakkan parking kat luar secara open space.
Apa-apa pun kita doakan negara kita cepat sembuh dari pandemik Covid-19 ni. Lagi cepat sembuh, lagi cepat kita boleh kembali ke kehidupan normal macam zaman sebelum pandemik.
Baca: Pesakit Terpaksa Baring Luar Jabatan Kecemasan, Kerajaan Hantar 60 Katil ‘Extra’ Ke HTAR

