in

“Tutup wifi, aircond semua” – Mahu Pekerja Balik On Time, AC Mizal ‘Halau’ Pekerja Pulang

Cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majikan mana yang tidak senang hati apabila melihat pekerja mereka memberikan komitmen sepenuhnya dan bekerja lebih masa. Malah, ada yang sanggup bertanyakan soal kerja selepas habis waktu pejabat tanpa memikirkan privasi pekerja itu sendiri.

Namun lain pula ceritanya buat pengacara popular, AC Mizal yang menghalau pekerjanya pulang kerana sudah habis waktu bekerja. Perkongsian ini dibuat menerusi satu hantaran di TikTok.


1 2

3 2 1

Mungkin bagi AC Mizal budaya kerja seperti itu tidak boleh diamalkan di syarikat stesen televisyen miliknya, SUKE TV. Menerusi video yang tular, pengacara berusia 51 tahun itu dilihat mengarahkan staf di situ pulang dengan segera kerana jam sudah melepasi pukul 6. Lain macam!

@mysuketv

Haa balik balik! 🤣🤣🤣🤣🤣🤣 DAC memang sempoi! 😆😆😆 #SUKEsangat

♬ Funny – Gold-Tiger

Malah, beliau sempat berseloroh mahu mematikan sambungan internet dan mematikan penyaman udara jika mereka berkeras tidak mahu pulang ke rumah.

“Tutup wifi, aircond semua. Lepas pukul 6 semua pakai kipas. Balik balik balik! Kalau aku curah cat.. balik sekarang. Pukul 6.05 petang, satu lif je buka eh,” ujar AC Mizal secara berseloroh.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet terhibur dengan gelagat AC Mizal. Malah, ada yang memuji kredibiliti pengcara ini sebagai seorang ketua yang menjaga kebajikan pekerjanya.

“Susah nak cari bos halau balik. Selalu bos nak pekerja stay lama”, tulis seorang individu.

Kredit: mysuketv

BACA: Lepas Viral Penari Serupa AC Mizal, Penganjur Pula Dikecam Buat Majlis Maksiat?

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.