Semenjak musim pandemik melanda, rasanya sudah lama kita tidak bercuti ke mana-mana kan?
Jadi bila baru-baru ini viral beberapa foto dari Genting Skyworlds Outdoor Theme Park di media sosial, ramai yang dah pasang angan-angan nak bercuti ke sana!
Menerusi perkongsian Traveltopia di Twitter, beberapa imej telah dikongsikan Greg Pearn iaitu antara individu penting dalam pembinaan taman tema ini menerusi akaun Instagramnya yang menarik perhatian ramai.
Antara yang dipaparkan Greg ialah rides dan lokasi menarik yang dah siap dibina di Genting Skyworlds yang seakan-akan taman tema di luar negara. Wow best tengok!
Genting SkyWorlds Outdoor Theme Park dan siap guys!
Habis PKP ni jom kita ke siji. Syok gila! pic.twitter.com/PyvMpPwoYZ
— Travetopia (@travetopia) June 30, 2021
Ada 26 jenis tema dalam Genting Skyworld, semua best belaka!
Menurut Traveltopia, ada 26 jenis kemudahan hiburan dalam taman teman ini dan selain daripada roller coaster, ada juga permainan air.
Selain dari itu, taman tema ni juga katanya boleh tahan besar. Ia dikatakan sebesar 19 padang bola dan dijangkakan mengambil masa 4 hari untuk lengkapkan semua permainan yang ada di dalamnya. Wow!
9⃣ Main Themes
?Eagle Mountain
?Central Park
?Liberty Lane
?Robots Rivet Town
?Andromeda Base
?Ice Age
?Studio Plaza
?Epic
?RioCaj kemasukan ialah sekali sehaja. Pengunjung tidak perlu membayar berkali-kali untuk menaiki permainan di sini.
Gambar kredit: greg_pearn pic.twitter.com/mNNJrSHNu9
— Travetopia (@travetopia) June 30, 2021
“Dah boleh kumpul duit”
Rata-rata netizen yang melihat foto yang dikongsikan di atas sudah tidak sabar-sabar lagi nak mengujungi taman tema di Genting Skyworlds ni.
Ramai yang berharap kemungkinan tahun depan bolehlah ke sana jika COVID 19 sudah lenyap nanti. Sama-sama kita doa okay?
Okay dah boleh start kumpul duit dari sekarang gais!