in

“Tunggu surat saman ambe” – PU Syed Bagi Masa 24 Jam Untuk Netizen Ini Minta Maaf Gara-gara…

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, pendakwah bebas PU Syed menerusi Instagram peribadinya telah memberikan amaran kepada seorang wanita untuk tampil meminta maaf.


Amaran ini dibuat kerana PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak kesal apabila namanya dikaitkan dengan isu yang pernah tular mengenai seorang pendakwah yang mempunyai nama yang sama dengan dirinya, Da’i Syed.

“Asal ada bunyi nama je la”

Di Facebook, wanita ini telah memberikan komen mengenai isu yang menimpa Ustaz Ebit Liew dan pada masa yang sama turut menyamakan isu tersebut dengan isu yang menimpa Da’i Syed namun tersalah tulis nama “PU Syed”.

Bila ada netizen yang cuba betulkan wanita ini kerana salah menggunakan nama, wanita ini hanya menggelakkan perkara tersebut dengan mengatakan “asal ada bunyi nama jela”

Screenshot 2021 08 26 At 11.43.06 Am Side 1

“Tunggu surat saman ambe ya…”

Ekoran kesilapan wanita ini yang boleh menjatuhkan fitnah ke atas dirinya, PU Syed telah memberikan wanita ini masa selama 24 jam untuk memohon maaf ke atas dirinya sebelum dia membuat tindakan undang-undang ke atas wanita tersebut.

Asal ada bunyi ya!!..baik..tunggu surat saman ambe ya..ambe beri masa 24 jam untuk edit dan mohon maaf pada ambe..tolong tag budak pempuan ni.”

“PU Syed kimsalam”

Susulan amaran yang diberikan oleh PU Syed, ramai netizen telah menyerang Facebook wanita tersebut meminta agar wanita itu memohon maaf kepada PU Syed.

Screenshot 2021 08 26 At 11.52.42 Am Down

Selain itu, Fedtri Yahya dan Ustaz Abdullah Khairi turut menyokong kenyataan yang dibuat oleh PU Syed ini.

Screenshot 2021 08 26 At 11.51.50 Am

Pun begitu, sehingga artikel ini ditulis, tiada update mengatakan wanita tersebut telah meminta maaf atau pun tidak kepada PU Syed.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak menaip…

 

Baca: “Kita juga ada aib yang Allah simpan” – PU Syed Minta Netizen Jangan Selongkar Kisah ‘Tertutup’ Da’i Syed

Screenshot 2021 08 26 At 12.02.12 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.