Isu tentang pemandu mabuk kini menjadi topik hangat bualan ramai rakyat di Malaysia terutamanya di media sosial. Melalui platform berbeza, netizen meluahkan rasa marah masing-masing dan menyatakan pendapat mereka supaya pemandu mabuk yang menyebabkan kematian diberikan hukuman lebih berat.
Mana tidaknya, sejak Januari 2020 hingga Mei 2020 dah ada 9 kes kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk. Bayangkan, minggu lepas saja ada 3 kes kemalangan dan 2 daripadanya menyebabkan kematian.
Sejak semalam, ramai pengguna Twitter menggunakan hashtag #PemanduMabukMembunuh untuk ‘fight’ agar mereka ini semua dikenakan hukuman setimpal. Namun, posting seorang lelaki semalam mendapat perhatian ramai bila dia dedahkan tentang sekelompok netizen yang dikatakan menyokong pemandu mabuk.
Melalui posting tersebut, lelaki itu tunjukkan beberapa komen daripada netizen di Facebook dan ternyata mereka ini seperti tidak bersetuju jika pemandu mabuk dikenakan hukuman berat.
Bukan itu saja, ada juga yang menyalahkan penunggang motosikal terutamanya rider hantar makanan dan rempit yang dikatakan penyumbang paling besar dalam angka kemalangan jalan raya di Malaysia.
Salah satu komen di situ mengatakan bahawa pemandu mabuk tidak seharusnya diberikan hukuman lebih berat kerana mereka tidak ingat atau tidak sedar dengan apa yang berlaku.
Netizen di Twitter yang membaca komen-komen ini rata-ratanya bengang dan berkata golongan sebegitu tidak akan terkesan dan tidak faham selagi ‘tak kena batang hidung sendiri’.
Seorang netizen berkata,
Ni kena tunggu ahli keluarga diorg sendiri mati bersepai dengan kereta org mabuk baru dia faham ni.”
Orang-orang yang komen macam tu bolehlah pergi kawan dengan Samantha Kay. Opss!