Seorang jemaah umrah dari Yaman telah ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi setelah mendakwa dirinya datang ke Makkah untuk menunaikan umrah bagi pihak mendiang Ratu Elizabeth ll.
Memetik laporan Harian Metro, dalam satu kenyataan, pihak berkuasa Masjidil Haram menahan lelaki tersebut kerana membawa satu kain rentang yang telah melanggar peraturan umrah.
‘Umrah untuk roh Ratu Elizabeth II’
Dalam kain rentang tersebut tertulis :
Umrah untuk roh Ratu Elizabeth II, kami memohon Tuhan menerimanya ke dalam syurga dan dalam kalangan orang beriman.
Lelaki tersebut ditahan dan dia diserahkan kepada pihak pendakwa raya serta langkah perundangan akan dilaksanakan kepadanya.
Tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut tular menerusi rakaman video di media sosial dimana video tersebut menunjukkan dirinya berada di tempat paling suci buat umat Islam dan ianya menjadi kawasan larangan bagi individu bukan islam.
The man, a Yemeni national, on Monday published a video clip of himself on social media holding a sign with the name of Queen Elizabeth at the Grand Mosque in Mecca, Islam’s holiest site, where non-Muslims are forbidden. https://t.co/4Sf1nEASM6
— Insider Paper (@TheInsiderPaper) September 13, 2022
Malah, Arab Saudi melarang jemaah yang tiba ke Makkah membawa kain rentang atau melaungkan slogan. Biarpun amalan umrah untuk individu yang meninggal dunia ada dalam Islam, ia tidak merangkumi individu bukan Islam seperti mendiang Ratu, yang juga gabenor tertinggi Gereja England, gereja tertinggi bagi penganut Anglican seluruh dunia.
Untuk rekod, Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun Khamis lalu, dan majlis pemakaman dijadualkan pada Isnin depan.