in

Tun Mahathir Terkilan & Sedih Ditolak Pengundi Langkawi

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), malah beliau juga kehilangan wang deposit.

Dalam satu kenyataan baharu, Tun Mahathir berkata beliau berasa terkilan dan sedih kerana ditolak oleh pengundi Langkawi pada PRU-15 lalu. Usahanya membangunkan pulau itu menerusi pemberian status bebas cukai pada 1987 sehingga gah di persada dunia seolah-olah tidak dihargai orang ramai.


“Bukan merajuk, tapi kecewa sedikit (atas kekalahan teruk dalam PRU-15) kerana saya buat macam-macam (pembangunan) di Langkawi. Saya ditolak jatuh merudum dan hilang 14,000 undi,” katanya dalam satu sidang media.

5C02A8Ba 63E9 4320 B8Cd 54B9B6Fe450B

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu turut meluahkan rasa hairan apabila ditolak pada PRU lalu meskipun dia tidak melakukan apa-apa kesalahan yang memudaratkan penduduk Langkawi.

“Saya pun tidak tahu apa kesalahan yang sudah buat (sehingga ditolak),” katanya.

Untuk rekod, Tun Mahathir tewas kepada calon Perikatan Nasional, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti 13,518 undi. Manakala beliau hanya memperoleh 4,566 undian.

Menerusi kenyataan yang lain pula, Tun Mahathir mengulas isu pembekuan akaun milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jelas beliau, isu tersebut tiada kena mengena dengan dirinya kerana tidak lagi berada dalam Bersatu.

Kredit: Harian Metro

BACA: Berjaya Buka Kilang & Cipta Peluang Pekerjaan, Tun Mahathir Kagum Kejayaan Khairulaming

Capture 2

Sumber: Benar News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.