Bukan senang nak jadi Perdana Menteri ni. Banyak yang perlu difikirkan termasuklah perkara yang melibatkan agama.
Menurut Malaysiakini, sejumlah tokoh ulama dan cendekiawan Islam mengadakan pertemuan khas bersama Tun M di Jabatan Perdana Menteri semalam.
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza telah menceritakan satu peristiwa ketika pertemuan itu yang membuatkan dirinya merasa sebak.
Katanya, dia merasakan sebak apabila melihat Tun M menangis ketika mengatakan keperluan untuk umat Islam kembali kepada al-Quran sebagai rujukan utama.
“Semasa Tun Mahathir mengucapkan ‘kita sudah tiada jalan lain untuk menjadi umat Islam yang berjaya melainkan kena baca al-Quran’, beliau menangis dan tidak mampu lagi meneruskan ucapan.”
“Saya juga rasa sebak. Semoga Allah merahmati Tun (Mahathir).”
Selain itu, Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata dalam pertemuan itu, Tun M meminta golongan agama untuk memaparkan Islam yang lebih “berbelas kasihan”.
“Dunia sering mengaitkan Islam dengan kekejaman, peperangan dan kelemahan dalam ekonomi.
“Dalam soal ini Tun Mahathir mahu para ulama dan cendekiawan Islam menggunakan ruang terbuka di bawah pentadbiran Pakatan Harapan untuk memaparkan Islam yang lebih berbelas kasihan.”
Bukan itu je, Mujahid juga mengatakan bahawa Tun M turut mahu institusi Islam agar tidak sekadar fokus soal ibadat sahaja tetapi juga dalam bidang sains dan teknologi.
Harap ada perubahan dalam hal ni…
Baca: [VIDEO] Tengok Reaksi Win Tun M Bila Pembangkang Keluar Dewan