Bila bercakap pasal tulisan doktor, mesti ramai yang dah terbayang tulisan persis cacing kerawit yang sukar dibaca. Seperti namanya, golongan doktorlah yang selalunya dikatakan mempunyai tulisan yang sukar difahami. Kadang nampak macam satu line je tapi rupanya line tu bermaksud Paracetamol. Pelik-pelik…
Bercakap pasal doktor dan tulisan mereka, seorang doktor dari India ini pula menjadi perhatian ramai kerana tulisannya kemas dan mudah dibaca.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=6166792800000868&set=a.174739702539571&type=3
Memetik laporan NDTV, tulisan Dr Nitin Narayanan yang berasal dari Kerala, India, mula tular selepas preskripsi yang ditulisnya dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial yang dipercayai adalah pesakit yang pernah dirawatnya.
Difahamkan, Dr Nitin merupakan seorang pakar kanak-kanak di Pusat Kesihatan Komuniti (CHC) di Palakkad. Kata beliau, dia memang sengaja menulis setiap preskripsinya dengan huruf besar supaya mudah difahami pesakit dan bukan hanya pekerja farmasi.
“Mungkin kerana sibuk, ada doktor lain yang menulis tulisan yang sukar dibaca orang biasa. Tapi, saya sedaya-upaya akan menulis preskripsi dengan mudah walaupun sibuk sebab pesakit selalunya menghargai kalau mereka faham ubat apa yang mereka dapat,” katanya.
Sumber: NDTV
Baca: RARE! Netizen Kongsi MC Pakciknya Yang Dirawat Oleh Tun M Pada 1963