in

Tulis Karangan Bertajuk ‘How To Murder Your Husband’, Novelis Didapati Bersalah Bunuh Suami Sendiri

Novelis Bunuh Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang minat tak baca novel atau cerpen berunsur thriller?

Bila baca cerita-cerita ini, kita mesti terfikirkan, macam manalah penulis ini boleh hasilkan karya-karya yang gore dan bunuh-bunuh ni sampai buat kita ngeri dan seram bila baca.


 

Penulis esei ‘How To Murder Your Husband’ bunuh suami sendiri? 

Pun begitu, baru-baru ini kecoh diperkatakan di US apabila seorang penulis novel cinta dilaporkan telah didapati bersalah oleh mahkamah selepas dia didakwa membunuh suaminya sendiri pada 2018.

Menurut The Guardian, apa yang lebih mengerikan apabila dia juga didapati pernah menulis sebuah karangan bertajuk ‘How To Murder Your Husband’. Uikss! 

220405142614 01 Nancy Crampton Brophy Romance Novelist Trial Large 169

Nancy Crampton Brophy, 71, didapati bersalah menembak suaminya, Daniel Brophy, 69, di Oregon Culinary Institute, Portland.

 

“Saya tak suka jumpsuits dan oren bukanlah warna kesukaan saya” 

Nancy dikatakan telah menulis karangan tersebut pada tahun 2011 dan ia telah diterbitkan sebagai penulis tetamu dalam satu blog penulis.

Di dalam esei tersebut, Nancy ada menulis,

Sebagai seorang penulis bergenre romantik-suspen, saya meluangkan banyak masa berfikir mengenai pembunuhan dan juga mengenai prosedur pihak polis. 

“Lagipun, jika sesuatu pembunuhan itu untuk ‘membebaskan’ diri saya, saya sudah semestinya tidak mahu duduk di penjara. Dan sejujurnya, saya tidak suka jumpsuit dan oren bukanlah warna kesukaan saya.”

Bunuh
Nancy bersama suami

Menurut laporan, Daniel telah ditemui mati pada 2 Jun 2018 dengan kesan tembakan di belakang dan di dada mangsa. Nancy kemudian ditahan polis tiga bulan selepas itu dan didakwa atas pertuduhan membunuh.

Pihak pendakwaan juga memberitahu juri bahawa wang dan polisi insurans hidup adalah antara perkara yang mendorong Nancy untuk membunuh. Walau bagaimanapun, Nancy menafikan dakwaan itu.

Katanya, masalah kewangan telah dapat diselesaikan dengan menggunakan wang persaraan milik Daniel.

Haih macam-macam ye orang sekarang. Terbawa-bawa dengan cerita fiksyen yang dia sendiri tulis. 

Baca: Black Dahlia & The Zodiac Antara 5 Kes Pembunuhan Bersiri Dimana Suspek Masih Bebas Sampai Sekarang

Dahlia

Sumber: CNN
Sumber: People

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.