Baru-baru ini, tular satu video memperlihatkan seorang wanita yang mirip seperti bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera mencuri tumpuan orang ramai.
Dalam perkongsian itu, wanita itu dilihat tidak memakai hijab dan hanya memakai topi sambil memakai pelitup muka.
Artikel berkaitan : Isteri Baru Shuk Nafi Jadi Dalang Sebar Cerita Buruk Tentang Rossa Sera
Artikel berkaitan : “Patut la asyik sorok muka laki tu” – Rossa Sera Didakwa Bercinta Dengan Suami Orang?
Video tersebut memperlihatkan wanita itu melakukan aksi mesra berpelukan dan wanita itu dicium pipinya oleh seorang lelaki yang memeluknya itu.
Video tersebut turut disunting dengan mengepilkan lagu berjudul ‘Saat Bahagia’ daripada Ippo Hafiz dan difahamkan, lokasi aksi mesra mereka itu di sekitar Pavillion Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Rossa Sera didakwa ada menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang dan ada juga desas-desus yang mengatakan Rossa Sera masih menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut biarpun isterinya sudah menggesa untuk tidak mengganggu rumah tangganya.
Sebagai rujukan, Rossa Sera telah berkahwin dengan Shuk Sahar pada 2015, mereka dikurniakan dua cahaya mata Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 sebelum disahkan bercerai pada Mac tahun lepas.
Sumber: TikTok