in

Tular Video Wanita Marah Makcik Driver Bas, Didakwa Sebab Tak Masuk Kawasan MRT Walaupun Dah Sampai Awal?

marah makcik bas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bas atau tren sampai lewat, alami kerosakan, tergendala dan macam-macam lagi hal yang melibatkan pengangkutan awam di negara ini adalah antara perkara sensitif yang boleh membuatkan rata-rata pengguna naik angin.

Baru-baru ini, tular di X, sebuah video memaparkan seorang wanita dilihat bertekak dengan pemandu bas RapidKL yang didakwa seorang makcik.


Artikel berkaitan: “Feeling2 kondo” – Penduduk Marah Terpaksa Beratur Panjang, Rupa-rupanya Sebab…

Artikel berkaitan: Bas Sekolah Hilang Kawalan, Rempuh 2 Pelanggan Gerai Nasi Kukus Tepi Jalan

“Saya bukan naik bas ni first timelah” 

Menerusi video itu, wanita itu didakwa tidak puas hati dengan tindakan pemandu bas yang tidak masuk ke kawasan MRT walaupun sudah tiba awal di stesen.

Kedua-duanya dilihat saling merakam antara satu sama lain dan video itu diakhiri dengan wanita tersebut meminta nombor customer service daripada pemandu berkenaan untuk membuat laporan.

Aku rekod tadi waktu kau berhenti lama-lama tepi jalan tu. 

“Hanya sebab saya naik public transport, korang buat tepi-tepi jalan macam ni. Korang rendahkan public transport macam ni ke? 

“Saya bukan naik bas ni first timelah, mana ada orang berhenti time orang kosong macam tu,” katanya.

“Bas memang ada schedule, dia sampai awal tak bermakna boleh buka pintu bas” 

Video berkenaan walau bagaimanapun telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen yang mendakwa wanita tersebut telah bertindak kasar dengan seorang pemandu yang berpangkat makcik.

Malah ada juga di kalangan netizen menjelaskan bahawa ada sebab kenapa bas tersebut tidak memasuki kawasan MRT sebelum waktunya kerana setiap bas mempunyai jadual perjalanan masing-masing.

bas ada schedule

Walau bagaimanapun, ada juga yang meminta agar isu ini tidak wajar diperbesarkan kerana sebaiknya kita dengar penjelasan dari kedua-dua belah pihak. Takut juga kalau dalam diam kita terfitnah kakak tu. 

Buat masa ini, pihak RapidKL masih belum mengeluarkan kenyataan berkenaan isu ini. Diharapkan ia dapat diselesaikan dengan baik antara kedua belah pihak.

Sumber: X

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.