in

Tular Video Tudung Labuh Kena Potong Dengan Cikgu, Tukang Jahit Jelaskan Kenapa Ia Salah

Ft Tudung Labuh Kena Potong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat diperkatakan mengenai satu video yang memperlihatkan seorang guru bertindak memotong tudung labuh seorang pelajar perempuan di sekolah.

Dalam video yang berdurasi 24 saat itu, seorang guru dilihat memotong bahagian bawah belakang tudung dan pelajar berkenaan dilihat bersedih dengan menutup mukanya di atas meja dalam kelas.


 

Murid didakwa kena emotional damage

Video tersebut menjelaskan bahawa pelajar tersebut alami kerosakan emosi akibat perbuatan guru itu. Biarpun lokasi dan waktu kejadian masih belum dikenalpasti, ramai netizen bengang dengan tindakan guru tersebut.

@budak_tiktok77

♬ Allah Allah Aghisna – Veve Zulfikar

Difahamkan, punca guru tersebut membuat tindakan sedemikian adalah kerana pelajar itu tidak mematuhi peraturan, tudung yang dipakai oleh pelajar itu mengikut fesyen ‘ekor pari’ dan terjuntai.

Terpanggil dengan isu tersebut, seorang tukang jahit pakaian muslimah menerusi Facebook miliknya menjelaskan bahawa biarpun tudung labuh, ia sebenarnya adalah tidak wajar untuk membiar ‘ekor’ di bahagian belakang bawah tudung terlalu labuh.

https://www.facebook.com/nur.e.nazura/posts/pfbid02r468PwnnCDNNwFPrmapUDTosH1uF69vm19XvY4G1CHXE4UknSCS3CUbuegoYyoEal

“Untuk tudung sekolah labuh TIDAK BOLEH berekor sangat. Dikira fesyen. Kalau jahit kena bulat sikit. Untuk video yang viral, pandang je lah dr sudut yang baik, kalau tidak kita tak tahu, dah viral, kita yang tailor di jadi cakna dgn peraturan sekolah.”

Jelas Nur Eizyan Nazura lagi, tidak patut marah cikgu dalam video tersebut kerana dalam peraturan, mungkin pelajar tersebut sudah dipesan banyak kali atau pada tiap tahun. Macam kita di sekolah dulu.
“Kawan-kawan yang kena gunting seluar, tudung, semua kan dah kena tegur banyak kali baru cikgu gunting. Ingat tak. Hehe.”

Baca : “Respect!” – Syarikat Rakaman ‘Cancel’ Pelancaran MV ‘Terlalu Mudah’ Sebab Hormat Hannah Delisha Dah Bertudung

Ft Laguhannah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.