in

Tular Video Sekumpulan Peniaga ‘Bergocoh’ Di Laman Siti Khadijah, Rupanya Sebab…

Bergocoh Di Siti Khadijah

Jika korang seorang peniaga dan menguruskan gerai kecil atau restoran, korang pasti faham akan ‘struggle’ yang dihadapi dalam menaikkan perniagaan.

Ada hari peniaga akan beroleh keuntungan, namun ada hari pula perniagaan bertukar menjadi ‘sendu’ kerana kekurangan pelanggan dan sebagainya.

Artikel berkaitan: “Boleh bincang cara elokkan?” – [VIDEO] Lelaki Bergaduh Sampai Berdarah Sebab Rebutkan Kawasan Peniagaan?

Artikel berkaitan: “Saya dah mengaku salah” – Peniaga Keropok Lekor Dedah Punca Sebenar ‘Pergaduhan’ Dengan Peniaga Laksa

Tular video sekumpulan peniaga bergaduh 

Namun apa yang mengejutkan, semalam (pada Selasa), tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan peniaga didakwa telah bergaduh di antara satu sama lain hingga saling bertolakkan dan memukul peniaga lain.

https://twitter.com/nanmanjoi8715/status/1721870392133079332

Menerusi video yang tular di X, kelihatan beberapa orang peniaga bergomol di atas jalan berhadapan kedai masing-masing dengan orang di sekeliling cuma menenangkan keadaan.

Signboard di depan kedai juga dilihat dijatuhkan oleh salah seorang peniaga dengan ada di antara mereka menjerit dan membunyikan hon kenderaan untuk meredakan situasi yang panas itu.

Bergocoh sebab berebut pelanggan

Rupa-rupanya pergaduhan itu difahamkan berpunca daripada perebutan pelanggan di antara peniaga di Medan Selera Laman Siti Khadijah, Kota Bharu.

Para peniaga dikatakan saling tidak berpuas hati antara satu sama lain sehingga mencetus pergaduhan di antara mereka.

Kejadian yang berlaku pada jam 5 petang, Ahad itu telah membabitkan sekumpulan lelaki dan perempuan yang disyaki pemilik serta pekerja gerai masing-masing.

Gocohhh811 1699416087

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung kes itu pada malam semalam.

Siasatan mendapati, kejadian dipercayai berpunca dari isu berebut pelanggan di antara peniaga gerai makan di Laman Siti Khadijah.

“Kedua-dua belah pihak, pemilik premis berusia 30-an dan 40-an tampil ke Balai Polis Kota Bharu untuk membuat laporan tetapi beberapa jam kemudian, mereka menarik balik laporan terbabit dengan alasan ingin menyelesaikan perkara itu secara aman.

“Bagaimanapun kami tetap meneruskan siasatan dan akan mengesan serta menangkap suspek yang terbabit,” katanya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyan 147 Kanun Keseksaan (KK), jika disabitkan kesalahan, kesemua yang terbabit boleh dikenakan hukuman penjara hingga tempoh 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Meskipun kedua-dua belah pihak cuba menarik balik laporan polis dengan tujuan untuk selesaikan sendiri, pihak polis katanya akan terus menjalankan siasatan dan tindakan susulan kerana tidak mahu orang ramai terbiasa dengan tindakan sendiri yang membelakangkan undang-undang.

Fuh seram lah tengok masing-masing naik angin macam tu. 

Sumber: X, BH