Tindakan sekumpulan mat rempit berlumba haram bertukar tragedi selepas dua penunggang motosikal maut termasuk seorang remaja dalam kejadian di Persiaran Raja Muda Musa, Klang.
Memetik laporan Kosmo!, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi semalam, kedua-dua mangsa lelaki berusia 16 dan 21 tahun masing-masing maut di lokasi kejadian dan ketika perjalanan ke hospital.
Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kemalangan tersebut melibatkan empat buah motosikal masing-masing jenis Yamaha 125ZR, Y16ZR, Lagenda dan Honda RS-X FS150.
Artikel berkaitan: “Macam semut” – Mat Moto Bertempiaran Lari Lepas Nampak Sebuah Kereta Polis
Artikel berkaitan: Viral! Mat Rempit Terbabas Buat ‘Superman’ Atas ‘Highway’ Ditahan Pihak Polis
Katanya, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila beberapa kumpulan yang menunggang motosikal secara laju dan berbahaya sehingga membahayakan pengguna lain.
“Mereka bermula dari Kompleks Sukan Pandamaran Klang hingga Pelabuhan Klang sebelum berpatah balik dengan membuat beberapa pusingan.
“Salah sebuah motosikal yang berada di dalam kumpulan tersebut telah terbabas di atas jalan raya lalu dirempuh oleh beberapa motosikal dari kumpulan yang lain” katanya.
Buat hal laaaa. pic.twitter.com/SJacTWdFPD
— ian (@lANZAlNAL) August 4, 2024
Kata polis lagi, lokasi berkenaan sering dijadikan litar oleh golongan remaja terutama pada malam minggu walaupun sudah beberapa kali operasi dan tangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa.
Terdahulu, tular video sekumpulan mat rempit bergolek dengan salah seorang melambung selepas merempuh penunggang lain yang terlebih dahulu terlibat kemalangan.