in

Tular Video Perform Dekat IPT, Netizen ‘Merayu’ Najwa Latif Buat Konsert

Ft Najwa Latif Konsert

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Najwa Latif ini boleh dikatakan sebagai OG untuk lagu-lagu viral yang telah masuk ke pasaran mainstream sampaikan menjadi siulan anak-anak muda suatu ketika dahulu.

Kini, setelah lama menyepi, bekas pensyarah yang kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) baru-baru ini tular apabila Najwa melakukan persembahan di sebuah IPT.


Artikel Berkaitan : Sebak! Wanita Kongsi Kisah Kehilangan Ayah, Ibu & Suami Ketika Najwa Latif ‘Cover’ Lagu Seribu Tahun

Artikel Berkaitan : Ini 10 Selebriti Malaysia Yang Melangsungkan Perkahwinan Sepanjang Tahun 2022!

Sudah pastinya lagu-lagu yang dinyanyikan seperti Cinta Muka Buku, Kosong, Untuk Dia itu semua telah membuatkan ramai golongan Millenial mengimbau balik zaman kegemilangan lagu ini.

@daniismeeee

childhood kita semua 🥹🧎🏻#najwalatif #karkon51 #karkon51ukm #ukm #cintamukabuku

♬ original sound – Dani – Dani

Oleh sebab itu,  ada netizen yang inginkan Najwa Latif untuk melakukan konsert, menurut seorang TikToker ini, dia sanggup berjuang habis untuk mendapatkan tiket, biarpun terpaksa menyuruh orang lain belikan.

Jelasnya lagi, seandainya Najwa ingin mahukan pendapatan lebih dengan cara membuat konsert dengan menyanyikan lagu-lagu lamanya, Najwa telah mendapat sokongan daripada wanita ini. Jelas wanita yang dikenali sebagai Abby ini lagi, dia sanggup menunggu Najwa untuk membuat pertimbangan.

@elyshiaabegail

#stitch with @Dani @Najwa Latif WE’LL BE WAITING FOR THE ANNOUNCEMENT MAM, PATIENTLY 🥹🥹🥹

♬ original sound – Abby – Abby

Permintaan daripada Abby ini ternyata telah mendapat sokongan daripada netizen, mereka juga mahukan konsert Najwa Latif kerana merindui lagu-lagunya itu.

Screenshot 2023 12 07 125052 Screenshot 2023 12 07 125141 Screenshot 2023 12 07 125206

Dulu min kureng dengan lagu dia ni, tapi bila dah koyak hujung-hujung lagu Kosong tu juga min buat layan perasaan.

Sumber : X, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.